Saturday, November 12, 2011

Memohon Ijazah Sarjana Muda Pengalaman dengan Kepujian daripada Universiti Jalanan

JATUH CINTA...

Jatuh cinta
Cinta pandang pertama
Asalnya tak tertarik
Kulitnya nampak suram
Tak menarik pun!
Namanya pelik
Tak pernah dengar pun!

Di canang sana-sini
Hebat!
Sedih!
Lucu!
Khayal!
Terkesan!
Mengapa tak sama?

Novel Edensor oleh Andrea Hirata
Aku baca sehelai demi sehelai
Aku kagum!
Aku menangis!
Aku ketawa!
Aku hanyut!
Aku berubah olehnya...
Terdiam, termenung, terkedu
Aku banyak salah!

Edensor
Kulitmu kelat tapi isinya sedap
Namamu ganjil tapi maknanya dalam
Aku tak rugi sekelumit pun mengenalmu
Oh ya! aku mahu memilikimu!


Info Edensor:  Klik di sini!

AKU: Karya hebat Andrea Hirata - Edensor. Aku hanyut! Ada sejuta rasa yang membuka mata! "Bermimpilah, kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu..."

Tuesday, November 1, 2011

DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Subhanallah...selama ini baca kosong tanpa makna, kan? (mungkin aku seorang je rasa macam tu...jahilnya...)

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)
 
AKU: Satu per satu dan aku tak malu.

Al-FATIHAH

Mari kita hafal makna surah Al-Fatihah dan hayati sekali tau. Mari-mari, aku pun baru nak mula!
Aaamin~ Kabulkanlah doa kami....
AKU: Rancangan 30 minit bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di TV Al-Hijrah pernah membincangkan tentang bacaan yang betul seperti sebutan ain, dahl (tebal dan nipis), dan panjang harakah (bukan rakaat he3). Ingatkan dah terer sangat baca Al-Fatihah, banyak lagi yang tak betul rupanya...

HEROKAH?

Saya ialah seorang BATMAN...tiba-tiba penjahat datang dan hulubalangnya ialah semua haiwan di muka bumi ini. Aaaaa LARI...!Saya bersembunyi di dalam almari tetapi mengapa almari itu ada lubang sehingga seekor anak harimau menerkam kepala saya....Aaaaaa tolong!!! ciss! Mimpi rupanya...hee~ Moral of da story: Jangan jadi HERO, jadilah POWER RANGERS. bertukar! Jum kawan2 jadi power rangers dan bersama membanteras kejahatan! Jadi hero penat beb...sorang2...ha3 (status FB yang merapu meraban)

Batmankah aku?
Teringat pulak lagu Ngam Ho oleh Kumpulan Spider. Cuba hayati lirik lagu ini.
Aaaa O
Biskut rendam kopi O
Aaaa O
Jangan kecoh
Naik bukit kasi pelan-pelan kayuh
Baru ngam ho orang panggil HERO!
Kau hebat ada hebat lagi
Kau ligat ada ligat lagi
Boleh untung mesti boleh rugi
Takut kalah jangan main judi

Kau kaya ada kaya lagi
Kau lawa ada lawa lagi
Ada mawar pasti ada duri
Takut sakit baik pergi mati
Aaaaa
Tak hairanlah kalau lirik lagu ini menarik kerana yang menciptanya ialah Allahyarham Loloq atau nama sebenarnya ialah Rosli Khamis. Walaupun ada yang beranggapan bahawa lagu yang bagus ialah lagu yang mengandungi lirik yang berpuisi. Jadi, adakah lirik lagu di atas dianggap tidak bagus kerana tidak berpuisi malahan menggunakan bahasa percakapan seperti  ngam ho dan pelan-pelan (perlahan-perlahan)? Aku bukanlah seorang bijak pandai yang boleh menilai kelebihan dan kekurangan sesuatu karya. Pada hemah aku, lirik lagu ini bisa memberi kesan rasa sedar makna tersirat di sebalik lirik tersebut. Ramai orang nak jadi Hero. Hero yang bagaimana, itu terpulang. Semakin besar hero anda, semakin besarlah tanggungjawab anda. (Boleh pakai ke hipotesis aku ni?)
AKU: Nak jadi Power Rangers merah jambu bersama-sama rakan yang lain membanteras kejahatan. Gugur aku, ada kawan-kawan lain yang menyambung perjuangan! cheewah....! TERBAIK...kata Boboboy... :)

Zzzzzzzz

Assalamualaikum...
Sudah hampir 4 bulan saya menganggur sebagai graduan UPSI (sedang menunggu proses penempatan). Kebosanan yang melampau memaksa saya untuk mengimbau kenangan manis ketika menuntut di UPSI. Tersenyum sendiri apabila melihat gambar-gambar di dalam komputer riba saya. Apa taknya, kelas merupakan tempat saya dilamun mimpi! Saya terbuai dengan dodoian pensyarah. Tak percaya? Tengoklah bukti yang telah dirakam. Hahahaha



Ini bukan aku. Meriah kan?
Waktu ni aku sakit. Tengokla muka aku banyak kayap. Terpaksa la tido...hee~
Kalau tak silap waktu ni Kursus Jangka Pendidikan Inklusif. Bayangkan aku kena berangkat dari KL ke Tg Malim awal pagi. Apa lagi, sambung tido la (padahal dalam bas dah tido dah)
Hahahaha aku memang kantoi la...aku dapat dari FB kawan aku. Siap letak tajuk "Genit tidur dalam kelas pada hari puasa yang pertama" ciss...ngantok la...bangun sahur awal kan...kikikiki (alasan)
Yang ni memang aku serius ngantok!!! Sampai mata aku tak boleh bukak. (assignment punya pasal la ni) Tapi aku gagahkan jugak dengan tidur duduk. Agak-agak pensyarah perasan tak waktu ni?
Haa...ingat aku tidur je ke dalam kelas? Rasa-rasanya ni hari pertama kelas. Semangat! Hahahaha. Selepas hari pertama? Hmm kembali ke gambar di atas. Hahahaha
AKU: Rasa-rasanya ada satu kelas aku tak pernah sesekali membuat percubaan untuk tidur! Kelas Encik Nizammudin untuk kursus Sistem Undang-Undang. Sebab? Dia comel dan kami memang berpantang untuk tidur!

Monday, October 31, 2011

20102011

Saya mendapat hadiah daripada si dia...

Aku ingin mendakap akrab jalur-jalur cinta ini dengan sepenuh nurani,

walau hadir seribu sangsi - menduga, mencabar setia.

Pada angin yang ikhlas menitipkan bayu mesra - tulus untukmu,

untuk kita bina singgahsana bahagia, sejati.

Ketahuilah, dikau bak citrawarna yang takkan pudar dimamah waktu

ibarat pelangi di senja usia.



Salam ulang tahun syg.
(20.10.2010)
Aku cint♥ padamu!

dan...lagu ini...PELANGI



Kepala ada PELANGI...

AKU :Lali dengan panggilan pelangi...indah dipandang tak dapat disentuh. datang dan pergi mewarnai hidup manusia...:)

Suatu hari nanti....PASTI

Aku berfikir panjang dan terdiam selepas melihat video ini. Wardina, your life give me inspiration!




"Kalau kita berubah untuk jadi baik,Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita" kata Wardina.Saya akan ingat!

"Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki SOLAT"

Ada yang tanya, "eleh, dia tu aku tengok solat tak pernah tinggal tapi perangai hareemmm"


Abu Hurairah : Ya Muhammad, bagaimanakah sekiranya ada orang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri? Bagaimana keadaan orang sedemikian?


Nabi Muhammad s.a.w : Solat orang itu lambat-laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.


Bagaimana nak perbaiki SOLAT?
Mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat, hardware (rukun fi'li atau perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud, dan sebagainya) dan software (rukun qauli iaitu pada makna bacaannya di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati). Sila cari makna bacaan surah Al-Fatihah dan bacaan lain. Cari simbolik daripada perlakuan rukuk, sujud, dan berdiri betul.


Sumber: Beduk di ketuk oleh Pahrol Mohd Juoi




AKU:Iman bukan satu gerakan linear.Iman boleh berubah-ubah. Manusia boleh berubah.Suatu hari nanti...pasti.Insyaallah...Ayuh, mulakan langkah!

MENGHADAPI GUNUNG MASALAH (Buat anak-anakku)

XPDC GUNUNG DATUK 2010 bersama Rakan Muda UPSI
pecahkan
gunung masalah
menjadi bukit

pecahkan
bukit masalah
menjadi pusu

pecahkan
pusu masalah
menjadi batu

pecahkan
batu masalah
menjadi pasir

dan, pasir itu
jentiklah
satu per satu.


Nassury Ibrahim
Kuala Lumpur
1993
AKU: Nassury Ibrahim menggunakan sajak sebagai diari harian. Menarik! Mari kita tiru!

Thursday, October 20, 2011

Dugaan tak pernah sepi. Yang kuat teguh berdiri. Yang lemah belajar menghadapi.

Sunday, October 9, 2011

SI MATA BULAT

Muhammad Al-Fateh bin Mohamad Fuad
Comel kan? Mengapa saban hari ada sahaja manusia...oh! bukan manusia. Iblis yang bertopengkan manusia sanggup mendera, menyeludup, menculik, dan membunuh kanak-kanak?

Aku: Manusia yang hatinya gelap sahaja tegar menghancurkan hidup manusia lain yang dipanggil kanak-kanak.

Wednesday, July 20, 2011

JANGAN MENYERAH!

Sering kali kita rasa dunia ini tak bermakna.
Sering kali kita rasa diri ini sudah tidak berharga lagi dek kerana tidak dihargai oleh orang lain.
Acap kali kita rasa hidup ini kosong.
Jiwa kosong.
Saat itu kita rasa tiada lagi suria di atas dunia ini.
Gelap. Walaupun mata terbuka.
 Namun...
Yakinlah, di hujung terowong itu ada cahaya.
Bersyukurlah selagi hayat dikandung badan.
dan...JANGAN MENYERAH!!!

Pejamkan mata dan hayati lirik lagu ini. Indah!




JANGAN MENYERAH - d'MASIV

Tak ada manusia
Terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada ertinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pastikan menunjukkan
Kebesaran dan kuasa-Nya
Bagi hamba-Nya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Jangan menyerah
Jangan menyerah
Jangan menyerah

AKU: Menyerah untuk menang!

Saturday, March 5, 2011

KELAS 2 DAMAI

SITUASI :
Semalam (Isnin, 28.2.2011) aku telah mendenda anak muridku kelas Tingkatan 2 Damai dengan baik sekali. Alasan denda; pertama, kerusi guru tidak ada. Aku terpaksa berdiri. Kedua; aku terpaksa tunggu hampir 10 minit untuk mereka berada di dalam kelas. Ketiga; bising nak mampus ibarat tunggul aku di hadapan. Yang terakhir ialah kelas tak terkawal apabila aku diselia oleh guru pembimbing pada minggu lepas. (misi membalas dendam muahahahaha)

HARI INI :
Selasa, 1 Mac 2011 di kelas yang sama. Semua dalam keadaan terkawal. Oh kerusi guru dah ada. Wah, aku masuk semua dah ada dalam kelas. Eh, semua senyap. Wah bagus2!!

Aku : Baiklah murid-murid, semalam kita buat apa? (ehem, mesti mereka jawab - karangan ringkasan)

Murid-murid : Cikgu denda kami.....(beramai-ramai)

Aku : Lagi?

Murid-murid : Kami berdiri atas kerusiiiii.....lama plak tu ( beramai-ramai )

Aku : ( Adoi, takkan la apa yang aku ajar semalam tak ingat kot? yang tu pulak di ingat!). Lagi?

Murid-murid : Cikgu tendang kerusiiiiiii (beramai-ramai lagi secara berjemaah)

Aku : (Masih dalam keadaan bersabar) Lagi?

Murid-murid : Cikgu marah-marah kami....Cikgu kutuk kami....Cikgu garang......tapi cun....(yang ni memang tak boleh blah!! Sempat lagi....)

Aku : Yang ni terakhir. Apa yang cikgu ajar semalam???!!

Murid-murid : Ringkasan........ (seorang je yang jawab!! yang lain diam)

Aku: (Baru semalam aku ajar dah tak ingat....aduhaiiiiii nasib baik ada yang jawab betul tu pun seorang!)

Sekian....

AKU: Kelas yang paling hujung aku ajar seminggu satu tajuk. Yang diajar semalam pun tak ingat....huh

Friday, February 25, 2011

SEMENJAK

Akhir ini satu persatu datang
Hakikatnya aku sudah lupa
Tiba datang menerpa
Aku maafkan
Aku yakin tiada berulang

Mengapa sejak akhir ini
Datang lagi
Dahulu sudah cukup
Usah menguji lagi
Aku sendiri
Itu pasti
Hanya hati ini
Bisa kuat
Dan...
Bisa sakit...

Umpama bilik ini
Hanya bunyi kipas berpusing
Kadang bunyi anjing menyalak
Aku biarkan begini
Musabab aku merasai begini...

AKU: Aku perlu kamu...




CIKGU, NAK TANYA SOALAN BOLEH?

Pada suatu pagi yang indah ketika perutku sudah kekenyangan, aku melihat jam yang berharga rm10 di tangan kiriku. Alamak, aku dah lambat relief (ganti guru yang tidak hadir) kelas Tingkatan 2B!

Rupa-rupaya kelas Pendidikan Moral dan ahli-ahlinya terdiri daripada murid-murid yang berbangsa India. Mereka menyambut aku dengan baik sekali. Tentu sekali mereka tak nak belajar. Apa lagi, kami rancak berbual. Mereka tidak fasih  dalam bahasa Melayu. Akibatnya berlakulah bahasa cacamerba iaitu gabungan bahasa Melayu, bahasa Tamil, dan bahasa Inggeris.

Tiba-tiba seorang murid mendekati aku.

Anak murid : Cikgu, saya mau tanya satu soalan boleh ka cikgu?

Aku : Boleh, awak nak tanya apa?

Anak murid : Tetapi, you don't angry haaa...

Aku: Tanya la, saya tak marah....(hati aku terdetik, ni mesti nak tanya kenapa aku ni pendek sangat seperti soalan-soalan anak muridku yang lain, huh aku dah agak dah!) 

Mukaku tenang kerana aku sudah dapat mengagak soalan yang bakal mereka ajukan.

Anak murid: Cikgu tengok kan, lelaki ada misai ada janggut, tetapi kenapa cikgu pun ada?

Wah! Soalan apakah itu? Aku ingat di UPSI sahaja Pojan dan Wan selalu kutuk aku ada misai. Di sekolah ni pun ada jugak? 

Aku : Sebenarnya, semua orang ada bulu di muka (wah, ayat aku susun dengan berhati-hati). Tetapi, disebabkan saya ni putih, jadi nampak dengan jelas. Faham tak? (Mesti mereka terasa sebab mereka tak putih) he3

Anak murid : Yeke cikgu.... (macam tak pasti)

Aku : Ye....(eh, budak ni. tak puas hati ke?)

*     *    *    *    *    *

Aaaaaaaa Pojan dan Wan!!! Dua makhluk inilah yang selalu membuli aku di UPSI. Lazimnya ketika hari Jumaat. Alkisahnya...

Pojan : La, ko ni. kenapa misai tu tak cukur. Hari ini jumaat. Hukumnya sunat kalau cukur....(riak mukanya serius)

Wan : Entahnya. Kalau tak cukur, kemaskan misai tu. Tak la serabai sangat! ( riak muka pun serius)

Dengan tak semena-mena aku ambil handphone dan letak atas bibir sambil mengeluarkan bunyi (macam mesin pencukur misai) ngeeengggggg ngeeenggggg

Dua makhluk itu ketawa sambil terhenjut-henjut perutnya.

Arghhhhhhh!!!






MENGAJAR ITU SENI

Cikgu Halim : Mengajar itu seni...

Aku mengangguk tanda setuju. Sepanjang aku praktikal di SMK Raja Muda Musa, aku banyak mengutip pengalaman daripada Cikgu Halim -orang yang lebih dahulu makan garam kehidupan sebagai guru bahasa Melayu. 

Aku diam sejenak. 

Aku imbas kembali bagaimana hari pertama aku melangkah ke dalam kelas. Aku sangat yakin. Aku mulakan dengan ucapan salam dan doa. Seterusnya dalam kiraan lima aku mengarahkan supaya tiada sampah sarap di lantai.Suaraku lantang. Riak muka serius.Kelas dalam keadaan terkawal. Aku berjaya. Tapi di riak muka anak muridku kelihatan bosan.Tiada senyum.Pasif. Ah, aku terlalu tegas ke? Aku mula mengambil hati dengan menyelitkan humor. Mereka mula seronok dan pasif menjadi aktif. Aku suka suasana begini. Mereka gembira ketika belajar. Bukannya  dalam keadaan tertekan.Aku melangkah keluar dengan puas.

Tak semua hari-hari yang aku lalui dengan sempurna. Duri cabaran dan dugaan pasti ada. Entah suatu hari, kelas menjadi tak terkawal. Bising bukan kepalang. Aku mula meninggikan suara. Aku cepat marah. Itu kelemahan yang utama. Di tambah dengan jelingan yang membenci. Keadaan kelas mula tegang. Kemarahan aku hanya sebentar. Selepas itu seperti sedia kala...

Cikgu Halim : Mengajar itu seni ...

Aku tersentak. Harus bagaimana untuk aku menjadi guru yang boleh mengawal kelas dan yang tak kurang pentingnya mereka faham dengan patah kata yang aku tuturkan iaitu ilmu yang aku sampaikan. 

Cikgu Halim : Mengajar itu seni. Sebelum melangkah ke kelas, tetapkan syarat kepada murid. Saya tak akan masuk ke kelas selagi murid tak memadam papan putih. Saya akan pastikan murid dalam keadaan sedia. Tegas itu penting. Bukannya berleter marah-marah. Tugasan atau kerja rumah sangat penting untuk pengukuhan. Kelas mesti dalam keadaan terkawal.

Hmm...terlalu banyak yang perlu aku perbaiki. Terlalu banyak...Doakan aku layak menerima gelaran cikgu. Terima kasih cikgu Halim!

Aku: Bermula dari kosong. Sekarang masih kosong. Sepatutnya sudah mula melangkah. Takut. Rentaknya sumbang. Padahal semua sudah menari. Aku mesti siap siaga untuk langkah pertama!

Tuesday, February 22, 2011

Saturday, February 19, 2011

SI DIA SUKA BIRU

Bila rindu....

Inilah jembalang laut...he3

Merenung masa depan bersama kikiki

Di hadapan ada lagi dugaan dan cobaan yang tiada penghujung

Teguh berdiri di situ setegung karang di lautan

Harmoni - bunyi ombak dan angin bersatu bersaksikan gunung dan pantai

Hip hip hooreeey! Berlapang dada terima segalanya...

Aku ingin ke mercu. Ya, di sana! Di puncak sana!

Mendamaikan...

AKU: Temani aku...

Friday, February 18, 2011

kETAWA AKU UNTUK KAWAN

Siti, Mumut, Jai, Aku, dan Syed
Hujung minggu begini lazimnya kami bersidang. Oh ya, cerita yang baru khabarnya Jai sudah miliki DSLR. Bila agaknya Canon G11 aku miliki? He3. Rindu kalian kawanku...

Serasi bersama...dunia dan akhirat!
29.1.2011 - Lapangan Terbang Kuching (KCH - KL)
AKU: Aku di sini baik-baik sahaja teman!

INILAH HARGA YANG PERLU DIBAYAR

Berpraktikal di SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar, Perak mulai 7 Februari 2011 sehingga 20 Mei 2011.

Noorhidayah dan aku di pintu utama SMK Raja Muda Musa

INFO:
  • Aku mengajar kelas 2 Bestari (Rancangan Khas - budak baik2 dan pandai2) dan kelas 2 Damai (kontra dengan kelas 2 Bestari he3).
  • Guru kelab Bola Jaring (bab2 sukan ni aku memang tak reti) dan kelab Seni Visual (hmm ni lagi la...jauh bebeno tapi aku suka he3) dan rumah sukan Suria - warna kuning ( yeay...!! "Suria, telah tiba dan membawa cahaya...-sambil membawa cangkul dan goyang ke kiri dan ke kanan he3)
  • Ada banyak cerita sebenarnya. Nanti aku cerita satu persatu ye....

AKU: Suka pergi ke sekolah sebab boleh jumpa anak2 murid tetapi tak suka apabila laporan perlu disiapkan...

...

Suci
Aku mahu begitu
Seperti titik-titik hujan ini
Suci lagi menyucikan

Kekadang melihat dia
Aku ingin menjauh
Aku malu!
Dia terlalu sempurna
Aku tidak selayaknya
Entah

Dia terlalu istimewa
Dan selayaknya istimewa hak dia
Melihat diri aku jadi malu
Kekurangan itu milik aku
Dan aku bukanlah pilihan

Biarlah
Biar Yang Maha Mengetahui tentukan
Selagi nyawa ini masih berdenyut
Selagi kudrat ini masih mampu
Selagi hati ini masih sayang
Aku tetap di sini
Setia di sisi
Sehingga kau berjumpa insan setarafmu 
sayang...

24/12/2010
Rabu
12:07
Akanku ikut jejakmu meskipun hanya kesan tapak kaki
Aku: Rupa-rupanya mencintai dan dicintai ibarat langit dengan bumi.



Mungkin

Akanku cerita satu demi satu bagi yang sudi membaca... 
Sudah tiba masanya...
Mungkin.
 

TANYA SAMA HATI Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez