Monday, October 31, 2011

Suatu hari nanti....PASTI

Aku berfikir panjang dan terdiam selepas melihat video ini. Wardina, your life give me inspiration!




"Kalau kita berubah untuk jadi baik,Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita" kata Wardina.Saya akan ingat!

"Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki SOLAT"

Ada yang tanya, "eleh, dia tu aku tengok solat tak pernah tinggal tapi perangai hareemmm"


Abu Hurairah : Ya Muhammad, bagaimanakah sekiranya ada orang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri? Bagaimana keadaan orang sedemikian?


Nabi Muhammad s.a.w : Solat orang itu lambat-laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.


Bagaimana nak perbaiki SOLAT?
Mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat, hardware (rukun fi'li atau perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud, dan sebagainya) dan software (rukun qauli iaitu pada makna bacaannya di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati). Sila cari makna bacaan surah Al-Fatihah dan bacaan lain. Cari simbolik daripada perlakuan rukuk, sujud, dan berdiri betul.


Sumber: Beduk di ketuk oleh Pahrol Mohd Juoi




AKU:Iman bukan satu gerakan linear.Iman boleh berubah-ubah. Manusia boleh berubah.Suatu hari nanti...pasti.Insyaallah...Ayuh, mulakan langkah!

2 comments:

  1. Semoga semua orang yang berhubungan dengan kita,akan dapat menghargai perjuangan kita untuk melangkah ke arah yang lebih terang,baik,damai dan tenang..Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang.Tidak perlu dengar “apa kata orang” tetapi dengarlah “apa kata hati mu.”
    Tentunya,mendengar dari kata hati yang tidak akan ‘makan hati’.

    ReplyDelete

 

TANYA SAMA HATI Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez