Jauh perjalanan luas permandangan. Semakin jauh kaki melangkah semakin banyak aku mempelajari tentang hidup manusia. Selagi aku berada di tanah Semenanjung ini aku berpeluang menjejak kaki di puncak Gunung Ledang.
Aktiviti : Ekspedisi Mengibar Jalur Gemilang di Puncak Gunung Ledang SMK Tun Ismail, Batu Pahat Johor 2008
Tarikh : 18- 20 Ogos 2008
Peserta : Pelajar dan Guru SMK Tun Ismail dan Urus Setia (lebih kurang 45 orang) *kalau tak silap
Aktiviti : Ekspedisi Mengibar Jalur Gemilang di Puncak Gunung Ledang SMK Tun Ismail, Batu Pahat Johor 2008
Tarikh : 18- 20 Ogos 2008
Peserta : Pelajar dan Guru SMK Tun Ismail dan Urus Setia (lebih kurang 45 orang) *kalau tak silap
Gunung Ledang, Tangkak Johor Darul Takzim
- Gunung tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 1276 meter.
- Juga dikenali sebagai Mountain Ophir (berasal daripada bahasa Ibrani) oleh penjajah British kerana dikatakan banyak simpanan emas.
- Dari Batu Pahat ke Gunung Ledang mengambil masa lebih kurang 2 jam.
- Sampai ke puncak lebih kurang 6 jam bersama-sama dengan pelajar sekolah SMK Tun Ismail . Perjalanan menjadi tidak lancar lebih2 lagi apabila ada yang cramp (kekejangan) - perkara yang paling biasa berlaku. Jadi, sebelum naik, streching (regangan) betul2 jangan main2.
- Makanan : Sila bawa yang ringan2 sahaja seperti coklat, air kosong (boleh isi balik dengan air gunung), air garam, 100 plus, Redbull, biskut, roti. Makanan yang boleh memberi tenaga selain mengenyangkan.
- Peralatan : torch light (lampu suluh), raincoat (baju hujan), kasut sport / hiking, sweater (baju sejuk), gloove (sarung tangan) dan ubat persendirian.
- Sila bawa balik sampah-sarap. Jangan buang merata-rata.
- Mental kena positif. Naik dengan hati yang gembira dan target sampai ke puncak. Percayalah, sampai di puncak segala kepenatan hilang dengan melihat alam. Subhanallah!
Trail ke puncak Gunung Ledang ada dua iaitu sama ada dari Johor atau Melaka. Jadi, pendaki ada beberapa pilihan trail iaitu :
- Ayer Panas Trail
- Ledang Trail
- Asahan Trail
- Ulu Jementah Trail
- Telekom Tower Road
Terdapat beberapa checkpoint sebelum sampai ke puncak antaranya:
Ayer Panas Trail :
Trail ini bermula dari kawasan Gunung Ledang Resort yang terletak di Sagil. Trail ini sebenarnya begitu banyak laluan yang akan bertemu kembali di beberapa checkpoint. Pos Pendaftaran Taman Negara ada di pintu masuk ke kawasan rekreasi untuk pendaki melaporkan pendakian
CP 2 Ledang Trail :
Trail ini bermula dari Taman Hutan Lagenda, Sagil. Pejabat Utama Taman Hutan Lagenda didirikan di sini bagi mengelola serta mengawal jumlah pendaki. Trail dari sini ke Sg. Segitiga dinamakan lagenda trail. Perjalanan dari Taman Hutan ke Kolam Gajah kira-kira 3-4 jam traking. Bermula dengan laluan bertangga batu dinamakan Tangga Mahligai. (mula perjalanan dah naik tangga...penat!!)
Sungai Segi Tiga :
Kem Sg Segi Tiga merupakan pertemuan tiga batang anak sungai. Kawasan ini dikatakan agak 'keras' tetapi tidaklah sehingga ditutup untuk pendaki bermalam.
CP 3 Batu Orkid :
Checkpoint ini dinamakan sempena sebongkah batu umpama bunga orkid. Inilah checkpoint terakhir sebelum trail ini bertembung dengan Trail Ayer Panas. Pendaki boleh juga memilih alternatif melalui Laluan Kijang ke Kolam Gajah.
Kolam Gajah :
Kawasan ini mempunyai kolam besar. Kawasan perkhemahan sangat besar sehingga ada zon yang dinamakan Pasir Panjang dan Pulau. Lebih 300 pendaki boleh berkhemah di sini.
CP 6 Gua Kambing :
1 Jam trekking dari Sg. Segitiga. Trek agak mencanak tapi agak menarik kerana pendaki melalui akar-akar kayu yang merentangi bongkah batu. Menurut lagenda, ada kambing tersesat dan masuk ke gua ini tetapi kambing tersebut tidak dijumpai didalam gua ini kerana gua ini ada satu lagi pintu keluar dihujungnya.
Bukit Hampar :
Kawasan dinding batu granit yang besar setinggi kira-kira 40meter ini perlu didaki menggunakan tali. Tali telah siap sedia ada disini. Dari atas Batu Hampar pendaki boleh melihat sebahagian daerah Tangkak.
Taman Bonzai :
Pada ketinggian lebih 3000' dari paras laut pendaki akan melintasi zon pokok-pokok bonzai seperti di sebuah taman bonzai.
CP 7 Bukit Botak :
Bukit ini agak gondol dan lapang sesuai dengan jolokan yang diberi. Pemandangan dari sini dapat dilihat puncak G. Ledang. Ada sumber air berdekatan dari alur sungai. Pokok-pokok resam juga penuh disekitarnya.
Puncak Gunung Ledang :
Puncak ini ditandakan dengan tugu batu. Puncak ini terdedah dengan mentari dan tiupan angin. Panorama dari puncak ini memaparkan Selat Melaka, daerah Tangkak, Puncak Telekom dan Puncak G. Rundok
Sumber : http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoLedang.htm
.
Sebelum naik. Wajib tangkap gambar dahulu. Semangat2! |
Chekpoint 2 : Lagenda Trail |
Mis dan Leman mengisi air gunung untuk melegakan kehausan. Terasa nikmat minum! |
Model Checkpoint: Encik Pian Sentul (bukan nama sebenar) |
Berani melawan ketakutan (Bukit Hampar) |
Senyum! Dalam hati "mak....!!!" |
Keindahan dan kesegaran alam...pokok bonzai |
Yeah!! kami berjaya!! Hahahaha Geng Sentol Sdn Bhd |
Makan2 untuk tenaga! Dibekalkan nasi goreng dan telur rebus. Alamak! Preet preeet aaa harum~ |
Kami berjaya...sesi bergambar rancak dijalankan! |
Batu tanda Puncak G. Ledang |
Masa untuk mandi!! Aaaa~ ombak besar. he3 |
Kelaparan melanda |
Taman Negara Johor |
Mencipta kenangan bersama |
Bersama Mislinda, Aishah, dan Abg Bai |
Apa aku dapat?
- Kepuasan! Puncak gunung telah kutawan!
- Dapat pijak dan pegang awan...he3
- Tangkap gambar. Klik Klik Klik
- Nikmat menikmati makanan dan minuman di kala betul2 lapar dan haus. Alangkah!
- Selalu berfikiran positif. Ye, bersangka baik dan yakin puncak itu milik anda!
- Pian, Ipen, Debot, Abg Bai, Din, Leman, Mis, Ecah, Cikgu Blurp2 ---> Kesentulan anda amat saya hargai he3.
Aku : Si dia berpesan "langkah jangan sumbang di tempat orang"
huwaaa..best nyee..bila ni yang?
ReplyDeletelama dah. Sem 3, tahun 2008. ikut miss. Cikgu dia buat program pengakap he3. memang best
ReplyDeletebest2..
ReplyDeletelak kta 2 jak pegi cia k..
heheh
jum yang g sia~
ReplyDeletebest gilak2!