Sunday, January 1, 2012

24 TAHUN SAHAJA

29 Disember 2011
Cup cake daripada deng Siti Khadijah Haimi
Cake daripada keluarga
=)

Daripada si dia?
Dalam Dua Puluh Empat Usia Menapak Rasa
Yusufjalli


Dalam perjalanan dua puluh empat usia
menapak rasa
terasa getar yang mendebar,
bergunung hiba yang menduga,
dan tatkala laut tenang tanpa gelora,
angin mesra begitu kasih menyapa;
sekawan beburung bahagia
dengan tawa canda –
hidup jadi indah dengan kita menjadi manusia;
yang kenal langit hakikat
yang mengerti sinar makrifat.

Menjadi tetamu dunia
wajar hidup untuk diduga;
melerai hikmah dari taburan rahmah
diuji pada sekeping percaya;
mentafsir tara cinta-Nya
dengan jiwa hamba.

07/05/2010
Petra Jaya,
Kuching.

Salam ulang tahun kelahiran, sayang!
Hanya utusan diterima kerana jauh di perantauan.
Rindu ...
Ini tahun lepas punya cerita....
Menjunjung kasih atas doa semua. Semoga Allah sayang kita semua
=)
AKU: Bahagia =)


 

TANYA SAMA HATI Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez