Monday, December 6, 2010

MERAJUK PADA YANG KASIH

Pada satu detik, si suami telah berjanji untuk makan bersama-sama dengan si isteri. Namun, janji itu tak ditepati. Si isteri merajuk. Lantas, si suami titipkan satu nota kecil.


"Ceritanya begini. Dia berjanji untuk balik makan malam bersama isteri tersayang. Dalam perjalanan, hujan turun dengan lebat lalu ia berteduh di hentian. Sungguh, hujan terlalu gila dan lebat untuk dia redah akan malam yang pekat. Sampai satu saat, dia terlelap dalam dingin Subuh dan lenguh. Dia titipkan aku pesan, "Aku menyangka hujan semalam usai sebentar, tetapi makin menderu bagai air matanya. Maaf sayang."

Si isteri tersenyum. Hatinya terbang. Dia sangat suka apabila suaminya bermadah. Lalu si isteri pun membalas nota itu.

" Semalam suaminya berjanji untuk makan malam bersama isterinya. Hatinya melayang. Oh, sekian lama suaminya tidak pulang ke rumah. Persiapan sudah dilakukan. Dia menunggu setia. Bayangan itu tidak muncul-muncul. Rajuk hatinya. Lauk di meja disimpan. Mahu melelap mata untuk melupakan. Aaah, benci! Mengapa janji sukar untuk ditepati! Mata pula degil sedegil isteri itu. Degil mahu lelap. Lantas dia bangkit dan makanan tadi dipanaskan semula.Mungkin suaminya akan lewat. Cuba menenangkan hati. Dihidangkan semula makanan seperti tadi. Menunggu setia lalu terlelap. Subuh menjelma. Si suami masih tak kunjung tiba. Hatinya pasti melayang mendengar suara itu tetapi hatinya masih rajuk. Si suami datang memujuk. Owh dia pamerkan senyuman. Itu kelemahan isterinya. Dia lemah melihat senyuman itu. Asalnya mahu merajuk sampai esok. Aaah dia nekad. Tapi senyuman suaminya lebih dari segala-galanya. Si isteri kalah. Kalah dengan senyuman. Sayang, rajukku kerana rindu. Aku rindu mata sepet itu. Aku rindu dagu itu. Bibirku bisa kata benci. Tapi bukan hatiku. Aku sayang kamu!"
Melangkah bersama meski rentak berbeza

AKU: Lelaki mahu difahami dan wanita mahu disayangi

HATI, AKAL, DAN NAFSU II

Entri Dunia Persembahan - Hati, Akal, dan Nafsu I  dah janji nak post skripnya, maka setelah mendapat keizinan tuan punya skrip Hati, Akal, dan Nafsu (Mislinda binti Mislan) dan skripnya dah dapat daripada Akilul, apa lagi, bacalah dengan celik hati ye! Untuk pengetahuan, skripnya ada disisipkan lirik lagu Hikmah oleh Netta Kd dan Daniil. Lagu hikmah - klik di sini

HATI AKAL & NAFSU
Mislinda Mislan

HATI:
Dari titik ke titik
Kau tarik satu garis
Satu garis hitam
Satu garis hitam dari kembara malam
Hati ini ingin ke mercu!

AKAL:
Pergilah hati
Dakilah setinggi mana kau mahu
Akal ini rela menjadi tongkatmu
Bongkar segala apa yang kau tak tahu
Saratkan dadamu dengan ilmu


NAFSU:
Usah kau menggapai kabus wahai hati!
Jangan kau berpura menjulang panji!
Kau tu buta!
Rugi nanti!
Di sini banyak tawa untuk kau kecapi!

HATI:
Aku ingin pergi!
Tapi aku tak mampu untuk mendaki!
Aku seronok di sini
Namun, aku juga kosong di sini

AKAL:
Pergilah hati...pergilah
Tinggalkan ruang kosong ini
Kau harus berani! Berani!
Kajar ilmu!
Itu senjatamu!

NAFSU:
Aaaaaah!
Ilmu, ilmu, ilmu!
Gilakah kau sengaja membebankan diri?!
Jangan mengaku bodoh dengan menjejak jalan berduri!
Usah kau daki hati!

HATI:
Jauh! Menjauh kau akal!
Menjauh kau nafsu!
Jauhi aku!
Jauh...!

*                                       *                                              *
Berlaku pergolakan hati, akal, dan nafsu. Akal dan nafsu berebut menguasai hati...

HATI:
Di tebing kerinduanku
Memandang hampa pada dunia
Ku hanya orang biasa
Tak lepas dari kosongnya jiwa

AKAL:
Ku gelintar segenap maya
Ku rindukan cahaya itu
Ku dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi pohon makrifat

HATI:
Apakah ku harus ke puncak?
Tapi apa yang ada di sana?
Mana lapang bebasnya?
Namun itu, baik untukku!
Juga terlalu tinggi untukku!
Mana?
Yang Mana?
Aaaaaaah

NAFSU:
Pilihlah daku wahai hati!

AKAL:
Jangan!
Adililah!
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Ikutilah akal ini!

NAFSU:
Aaaaaaah!
Persetankan itu semua!
Mari ke mari
Ku bawa kau pergi

AKAL:
Tidak!
Allah....!
Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketakwaan
Beruntunglah bagi yang mensucikannya!
Merugilah bagi yang mengotorinya!

HATI:
Alam yang membalut mimpi
Dulu melukis nyanyia hati
Ku hanya orang yang kalah
Satukan hatiku yang terbelah

NAFSU:
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati

AKAL:
Suka duka bergetaran di keningnya
Hari dan nadi bergetaran di sampingnya
Nafsu...
Jangan kau umpama sang merak yang indah bulunya
Namun tak mampu terbang ke angkasa

NAFSU:
Tidak akal!
Jadikanlah kegelapan lalu pedoman hidupmu
Leraikanlah hatimu dari pautan nafsu!

HATI:
Latifah robbaniah,
Raja kerajaan diri
Wadah pegangan ilmu wahyu
Kenalilah hakikat diri
Panas usah membakar dada
Suara usah menggegar sahaja
Jika benar membawa cita
Di dalam senyap kumpulkan tenaga!

NAFSU:
Ayam bertelur sekampung tahu
Mengapa mesti begitu?
Falsafah ubi diam berisi
Mengapa tidak kita turuti?

AKAL:
Sekarang singkirkan semua bicara
Sekarang kumpulkan tenaga raksasa
Tiba saat bendera merah
Serentak mara kita bersama...
Serentak mara kita bersama...


AKAL & NAFSU:
Serentak mara kita bersama...


AKAL, NAFSU & HATI:
Serentak mara kita bersama...


HATI:
Akulah hati


AKAL:
Di sinilah akal berbicara


NAFSU:
Nafsu kian beraja!

AKAL, HATI, & NAFSU


Tuan punya skrip - Mislinda Mislan (tak mustahil dapat buat teater kat istana budaya kan?)


AKU: Dunia teater - kita ketandusan skrip yang mempunyai nilai estetika Islam. Filem? Hahaha balik2 cerita hantu...

KAU DATANG JUGA 1432

1432
Melukis, menconteng, dan menulis
Semuanya ada kisah tersendiri
Kalau melukis
Tengoklah
Kalau indah, indahlah
Kalau buruk,buruklah
Kalau menconteng
Tengoklah
Dah namanya menconteng
Menyakitkan hati tapi juga mencuit hati
Kalau menulis
Tengoklah
Kalau baik, baiklah
Kalau jahat, jahatlah
Semuanya mutlak

Aduhai 1431
Terlalu banyak yang aku jumpa
Manusia, ya manusia
Ragam manusia yang kadang kala aku sendiri tak mengerti
Eh, aku kan manusia?
Aku pun sama tak sedar diri

Aduhai 1431
Kau terlalu cepat dan laju
Oh begitukah?
Atau aku yang sengaja alpa dan lengah?
Oh akukah?
Ada orang lain ke?

Sekarang 1432
Masih kaku
Tak mampu melangkah
Ada harapan masih belum dipenuhi
Satu demi satu
Ya, aku cuba
1432 aku cuba!
Kau datang sebagai tetamu
Aku hormat dan aku layan

Solatku masih rongak
 AKU : "Aku kosong kata. Kamu, doakan kita jadi kekasih-Nya!" - terima kasih sayang, salam Maalhijrah!
 

TANYA SAMA HATI Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez