Monday, December 6, 2010

MERAJUK PADA YANG KASIH

Pada satu detik, si suami telah berjanji untuk makan bersama-sama dengan si isteri. Namun, janji itu tak ditepati. Si isteri merajuk. Lantas, si suami titipkan satu nota kecil.


"Ceritanya begini. Dia berjanji untuk balik makan malam bersama isteri tersayang. Dalam perjalanan, hujan turun dengan lebat lalu ia berteduh di hentian. Sungguh, hujan terlalu gila dan lebat untuk dia redah akan malam yang pekat. Sampai satu saat, dia terlelap dalam dingin Subuh dan lenguh. Dia titipkan aku pesan, "Aku menyangka hujan semalam usai sebentar, tetapi makin menderu bagai air matanya. Maaf sayang."

Si isteri tersenyum. Hatinya terbang. Dia sangat suka apabila suaminya bermadah. Lalu si isteri pun membalas nota itu.

" Semalam suaminya berjanji untuk makan malam bersama isterinya. Hatinya melayang. Oh, sekian lama suaminya tidak pulang ke rumah. Persiapan sudah dilakukan. Dia menunggu setia. Bayangan itu tidak muncul-muncul. Rajuk hatinya. Lauk di meja disimpan. Mahu melelap mata untuk melupakan. Aaah, benci! Mengapa janji sukar untuk ditepati! Mata pula degil sedegil isteri itu. Degil mahu lelap. Lantas dia bangkit dan makanan tadi dipanaskan semula.Mungkin suaminya akan lewat. Cuba menenangkan hati. Dihidangkan semula makanan seperti tadi. Menunggu setia lalu terlelap. Subuh menjelma. Si suami masih tak kunjung tiba. Hatinya pasti melayang mendengar suara itu tetapi hatinya masih rajuk. Si suami datang memujuk. Owh dia pamerkan senyuman. Itu kelemahan isterinya. Dia lemah melihat senyuman itu. Asalnya mahu merajuk sampai esok. Aaah dia nekad. Tapi senyuman suaminya lebih dari segala-galanya. Si isteri kalah. Kalah dengan senyuman. Sayang, rajukku kerana rindu. Aku rindu mata sepet itu. Aku rindu dagu itu. Bibirku bisa kata benci. Tapi bukan hatiku. Aku sayang kamu!"
Melangkah bersama meski rentak berbeza

AKU: Lelaki mahu difahami dan wanita mahu disayangi

HATI, AKAL, DAN NAFSU II

Entri Dunia Persembahan - Hati, Akal, dan Nafsu I  dah janji nak post skripnya, maka setelah mendapat keizinan tuan punya skrip Hati, Akal, dan Nafsu (Mislinda binti Mislan) dan skripnya dah dapat daripada Akilul, apa lagi, bacalah dengan celik hati ye! Untuk pengetahuan, skripnya ada disisipkan lirik lagu Hikmah oleh Netta Kd dan Daniil. Lagu hikmah - klik di sini

HATI AKAL & NAFSU
Mislinda Mislan

HATI:
Dari titik ke titik
Kau tarik satu garis
Satu garis hitam
Satu garis hitam dari kembara malam
Hati ini ingin ke mercu!

AKAL:
Pergilah hati
Dakilah setinggi mana kau mahu
Akal ini rela menjadi tongkatmu
Bongkar segala apa yang kau tak tahu
Saratkan dadamu dengan ilmu


NAFSU:
Usah kau menggapai kabus wahai hati!
Jangan kau berpura menjulang panji!
Kau tu buta!
Rugi nanti!
Di sini banyak tawa untuk kau kecapi!

HATI:
Aku ingin pergi!
Tapi aku tak mampu untuk mendaki!
Aku seronok di sini
Namun, aku juga kosong di sini

AKAL:
Pergilah hati...pergilah
Tinggalkan ruang kosong ini
Kau harus berani! Berani!
Kajar ilmu!
Itu senjatamu!

NAFSU:
Aaaaaah!
Ilmu, ilmu, ilmu!
Gilakah kau sengaja membebankan diri?!
Jangan mengaku bodoh dengan menjejak jalan berduri!
Usah kau daki hati!

HATI:
Jauh! Menjauh kau akal!
Menjauh kau nafsu!
Jauhi aku!
Jauh...!

*                                       *                                              *
Berlaku pergolakan hati, akal, dan nafsu. Akal dan nafsu berebut menguasai hati...

HATI:
Di tebing kerinduanku
Memandang hampa pada dunia
Ku hanya orang biasa
Tak lepas dari kosongnya jiwa

AKAL:
Ku gelintar segenap maya
Ku rindukan cahaya itu
Ku dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi pohon makrifat

HATI:
Apakah ku harus ke puncak?
Tapi apa yang ada di sana?
Mana lapang bebasnya?
Namun itu, baik untukku!
Juga terlalu tinggi untukku!
Mana?
Yang Mana?
Aaaaaaah

NAFSU:
Pilihlah daku wahai hati!

AKAL:
Jangan!
Adililah!
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Ikutilah akal ini!

NAFSU:
Aaaaaaah!
Persetankan itu semua!
Mari ke mari
Ku bawa kau pergi

AKAL:
Tidak!
Allah....!
Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketakwaan
Beruntunglah bagi yang mensucikannya!
Merugilah bagi yang mengotorinya!

HATI:
Alam yang membalut mimpi
Dulu melukis nyanyia hati
Ku hanya orang yang kalah
Satukan hatiku yang terbelah

NAFSU:
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati

AKAL:
Suka duka bergetaran di keningnya
Hari dan nadi bergetaran di sampingnya
Nafsu...
Jangan kau umpama sang merak yang indah bulunya
Namun tak mampu terbang ke angkasa

NAFSU:
Tidak akal!
Jadikanlah kegelapan lalu pedoman hidupmu
Leraikanlah hatimu dari pautan nafsu!

HATI:
Latifah robbaniah,
Raja kerajaan diri
Wadah pegangan ilmu wahyu
Kenalilah hakikat diri
Panas usah membakar dada
Suara usah menggegar sahaja
Jika benar membawa cita
Di dalam senyap kumpulkan tenaga!

NAFSU:
Ayam bertelur sekampung tahu
Mengapa mesti begitu?
Falsafah ubi diam berisi
Mengapa tidak kita turuti?

AKAL:
Sekarang singkirkan semua bicara
Sekarang kumpulkan tenaga raksasa
Tiba saat bendera merah
Serentak mara kita bersama...
Serentak mara kita bersama...


AKAL & NAFSU:
Serentak mara kita bersama...


AKAL, NAFSU & HATI:
Serentak mara kita bersama...


HATI:
Akulah hati


AKAL:
Di sinilah akal berbicara


NAFSU:
Nafsu kian beraja!

AKAL, HATI, & NAFSU


Tuan punya skrip - Mislinda Mislan (tak mustahil dapat buat teater kat istana budaya kan?)


AKU: Dunia teater - kita ketandusan skrip yang mempunyai nilai estetika Islam. Filem? Hahaha balik2 cerita hantu...

KAU DATANG JUGA 1432

1432
Melukis, menconteng, dan menulis
Semuanya ada kisah tersendiri
Kalau melukis
Tengoklah
Kalau indah, indahlah
Kalau buruk,buruklah
Kalau menconteng
Tengoklah
Dah namanya menconteng
Menyakitkan hati tapi juga mencuit hati
Kalau menulis
Tengoklah
Kalau baik, baiklah
Kalau jahat, jahatlah
Semuanya mutlak

Aduhai 1431
Terlalu banyak yang aku jumpa
Manusia, ya manusia
Ragam manusia yang kadang kala aku sendiri tak mengerti
Eh, aku kan manusia?
Aku pun sama tak sedar diri

Aduhai 1431
Kau terlalu cepat dan laju
Oh begitukah?
Atau aku yang sengaja alpa dan lengah?
Oh akukah?
Ada orang lain ke?

Sekarang 1432
Masih kaku
Tak mampu melangkah
Ada harapan masih belum dipenuhi
Satu demi satu
Ya, aku cuba
1432 aku cuba!
Kau datang sebagai tetamu
Aku hormat dan aku layan

Solatku masih rongak
 AKU : "Aku kosong kata. Kamu, doakan kita jadi kekasih-Nya!" - terima kasih sayang, salam Maalhijrah!

Sunday, November 28, 2010

SUARA KEKASIH

PERUTUSAN TUN SERI NILA UTAMA, YUSUF JALLI SEMPENA SAMBUTAN HARI-HARI BAHAGIA YANG JULUNG-JULUNG KALINYA PADA TAHUN 2010

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sempena hari yang berbahagia ini, marilah kita memanjat kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya kita dapat menyambut hari bahagia. Marilah kita bersama-sama membaca warkah ini.

1. "Usah dicari kesempurnaan."
     Mengapakah?
    "Kita bisa merana." Aku masih tenang lalu tersenyum.
    "Mencari itu sifat wanita. Azali."
     Masih bingung.
     ...Jeda.
    "Aku cukup menyintaimu seorang."
     Dia pula senyum. Merantai makna.
     22.10.10

2.  Malam itu indah...bila mimpi disinari rembulan...
     Aku ingin menjadi rembulan...
     Yang setia menemani buana
     22.10.10

3.  Ilham bukan hak milik...
     Tapi anugerah...
     25.10.10

4.  Fitrah...
     Haha...
     Tapi kau takkan memandangku bila bertemu
     Hingga kau menoleh kali kedua tika membaca kata-kataku...
     25.10.10

5.  Aku bermimpi memanah bulan di jagat.
     27.10.10

6.  Aku rindu kamu...di manakah?
     30.10.10

7.  Kamu tahu tak. wifi UM telah memisahkan kita?
     4.11.10

8. Oh, juwita...Bintang sirna tika siang, tapi kutahu ia ada.
    Selalu.
    Seperti kamu.
    Rindu yang amat.
    7.11.10

9. Ada orang tua kata:
    "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai".
    Teringat iklan tv tahun '90an..."Ombak jahat!"
    9.11.10

10. Kamu, bulan dan bintang begitu indah, alangkah!
     14.11.10

11. Walaupun 'buku wajah' jarang aku buka; wi-em jarang aku ketuk,
      Tapi kau harus tahu.
      Hatimu tetap akan dakap.
      Dengan kasih mesra.
      Kau permaisuriku!
      23.11.10

12. Walaupun tak sebanyak nikmat Tuhan Yang Maha Pengasih,
       Sekurang-kurangnya kau harus tahu,
       Cinta aku bukan sekadar bebuih di hamparan lautan;
       Pecah tika hadir gelombang.
       Cukuplah, tak perlu kau ukur; dengan pita dunia.
       24.11.10

13. Sejuta kali belum banyak untuk aku menyatakan rasa cinta.
      Sepatutnya, begitulah!
      25.11.10

14. Merenung pada bunga yang menangis;
      Air mata, citra keunggulan jiwa hamba.
      Air mata, jangan gugur sebelum waktu!
      26.11.10

15. Kelip-kelip kusangka api
      Jikalau api ada cahaya
      Kuhilang ghaib kau sangka benci
      Cinta hamba selagi terdaya
      26.11.10

16. Banyak uji, Kuat hati.
      26.11.10

17. Kamu tahu sakit merindu? Parah...
      26.11.10

18. Hari ini, aku tak ingin menyatakan cinta.
      Aku cuma bisikkan kalimah rindu pada angin...
      Tanpa tuju.
      27.11.10

19. Entahlah;
      Buku wajah semacam lesu untuk ditatap,
      Bukan bermakna rindu semakin sirna;
      Oh bukan begitu!
      Akal tenat menguliti ceritera Melayu.
      Tapi, cinta masih teguh!
      Faham, bukan? ...
      28.11.10

20. Lagi satu, saya hutang satu berita (post) untuk semalam.
      Bunyinya begini;
      Saat saya hilang bicara, kamu bagai ilham yang berkicau (twitter);
      Di ruang kalbu.
      Untuk saya coret kata-kata ini.
      28.11.10

(Sumber : Facebook Mazidah Adenan)

Diringkaskan sahaja, marilah kita bersama-sama menghayati tema kebahagiaan dengan penuh kesedaran demi insan yang tersayang. Saya berdoa supaya kebahagiaan yang kita kecapi akan berterusan walaupun seribu dugaan bakal menduga.

SELAMAT MENYAMBUT HARI BAHAGIA
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Puas sudah mengembara akhirnya hati emas aku temui...

AKU : Tiada sms dan panggilan daripadamu untuk mengisi ruang kosong dalam telefon bimbitku tetapi muka wajahku dipenuhi dengan warkahmu.(Tak perlu berbalas sms kerana sudah berbalas doa)Terima kasih cinta... ^_^

Saturday, November 27, 2010

SAHABAT - Anugerah terindah yang pernah aku miliki!

Perkataan SAHABAT hanya akan muncul apabila kesusahan melanda. Lihatlah seberapa ramai yang setia di sisi. Selain itu, lihatlah diri - terlalu banyak kekurangan. Hanya mereka yang bergelar sahabat sahaja yang dapat menerima kita seadanya.

Bagi aku, berkawanlah selagi kita hidup. Tetapi, tak semua mampu meraih pangkat sebagai sahabat. Aku memandang sahabat sebagai suatu darjat yang sangat tinggi. Mereka adalah kepercayaanku. Mereka adalah senyum dan air mataku dan mereka adalah segala-galanya. Percaya tak? Sahabat mampu menghidu masalah kita. Jiwa kita umpama ada satu deria rasa yang sama. Aneh bukan?

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari" - SAIDINA ALI -

Hidup ini terlalu indah apabila ada sahabat. Ye, aku menikmatinya sekarang dan tak akan mensia-siakan. Kadang-kala tak seindah yang kita sangkakan. Umpamanya seperti nurkilan di bawah:

Ada orang
Nampak macam kawan
Ikhlas hanya di depan
Kat belakang dia tikam kawan


Ada orang
Nampak macam teman
Tidur sebantal makan sepinggan
Tapi dialah gunting dalam lipatan


Ada orang
Nampak macam rakan
Gelak ketawa gembira sakan
Dalam diam sapu hak kawan


Kawan
Apa yang kau layan
Sikit punya hal dah nak berlawan


Teman
Kenapa jadi begini
Dulu dah best
Sekarang tercari-cari


Rakan
Hindarkan fikiran sempit ini
Tujulah ke arah globalisasi
Semoga kita bertemu kembali
Meski pun bukan di daerah sendiri

(Sumber : Blues Untuk Aku oleh Aie)

Hmm, terima kasih kepada mereka ini. Aku belajar untuk kenal apa itu sahabat. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang pernah cakap2 belakang. Aku belajar untuk kenal antara kaca dan permata.

Wajah mereka...wajah saya...sahabat dunia dan akhirat! Ya Allah, berkatilah persahabatan ini. Kau peliharalah kami dari segala fitnah dunia dan seksaan api neraka. Kepada-Mu sahajalah ku memohon...Amin~Ya rabb...


Friday, November 26, 2010

SENYUM KAMBING

Musim peperiksaan menyebabkan jiwa dan perasaan agak tertekan. Mari kita senyum, tak perlu kata apa2. Nak gelak pun dipersilakan.

Siapa lebih berkuasa? he3
Bahana Internet
Permainan zaman sekarang...
Kemahiran memancing
Kesian ayahanda...
Dilema ibu bapa masa kini

Keindahan pantai?
Kerja overtime?
Boleh ke?

Tabik...hormat!!
 (Sumber : Kee's World - by cartoonist C.W.Kee's. Nak lagi? Klik di sini)

AKU : Bukan hanya kartun semata2. Ada yang tersirat daripada yang tersurat.Tabik spring kepada kartunis C.W Kee's!

TEKA-TEKI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu bertanya:


IMAM AL-GHAZALI :
Apakah yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ini?
MURID-MURIDNYA :
Orang tua, guru, kawan, dan sahabat.
IMAM AL-GHAZALI :
Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan diri kita ialah MATI. Sebab itu memang janji Allah s.w.t bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.


IMAM AL-GHAZALI :
Apakah yang JAUH dari kita di dunia ini?
MURID-MURIDNYA :
Negeri China, bulan, matahari, dan bintang.
IMAM AL-GHAZALI :
Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar ialah MASA LALU. Walau dengan cara apa pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh itu kita hendaklah menggunakan masa kini dan akan datang dengan amalan yang baik.


IMAM AL-GHAZALI :
Apakah yang paling BESAR di dunia ini?
MURID-MURIDNYA :
Gunung,bumi, dan matahari.
IMAM AL-GHAZALI :
Jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar ialah NAFSU. Kita harus berhati-hati dengan nafsu yang boleh membinasakan setiap manusia ke neraka.


IMAM AL-GHAZALI :
Apakah yang paling BERAT di dunia ini?
MURID-MURIDNYA :
Besi, gajah.
IMAM AL-GHAZALI :
Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling berat ialah MEMEGANG AMANAH. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menerima permintaan Allah s.w.t sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.


IMAM AL-GHAZALI :
Apakah yang paling RINGAN di dunia ini?
MURID-MURIDNYA :
Kapas, angin, debu, dan dedaun.
IMAM AL-GHAZALI :
Semua itu benar. Tetapi yang paling ringaan di dunia ialah MENINGGALKAN SOLAT. Gara2 mengagungkan duniawi kita meninggalkan solat.


IMAM AL-GHAZALI :
Apakah yang paling TAJAM di dunia ini?
MURID-MURIDNYA :
Pedang!
IMAM AL-GHAZALI :
Jawapan itu benar. Tetapi yang paling tajam ialah LIDAH MANUSIA.Melalui lidahlah manusia acap kali melukai dan menyakiti saudaranya.

INDAHNYA...
AKU:Tanya sama hati. Adakah hati ini tiada dosa? 

BAKAL GURU?

Semester 8 bakal tiba. Maknanya aku akan praktikal sebagai guru bermula pada 7/2/2011 sehingga 20/5/2011. Takut. Gerun. Tak nak! Kalaulah ada pilihan lain untuk tidak praktikal, namun tiada. Tidak bersedia! Ya, ilmu di dada terlalu cetek untuk dikongsi atau disebarkan. Setiap kali perkataan "praktikal" menjadi bual bicara, fokusnya mesti ke arah aku. Bayangkanlah aku yang berbadan kecil aka comel (ehem) mengalahkan budak sekolah berbaju kurung, membawa buku dan beg sama seperti pelajar sekolah cuma bezanya aku tak pakai baju seragam sekolah.

Bagaimanakah akanku hadapi?
Apakah yang bakal aku tempuhi?
Mengapakah aku harus praktikal?
Siapakah yang bakal menduga kesabaran aku nanti?

Selalu bayangkan:
  • kena buli? Aaaa
  • tak dapat jawab soalan pelajar.Aaaa
  • bercakap di hadapan? semua mata pandang aku? Aku akan jadi blur dan gugup! mikroteaching pun aku boleh jadi gementar yang amat padahal mengajar rakan sekelas inikan pula dengan budak2 yang aku tak kenal.
  • dan sebenarnya aku masih tak yakin dengan keupayaan sendiri. :(
Aku sangat tertekan dan tak bersedia. Sokongan dan panduan amat dialu-alukan. Dunia ini memang satu persaingan sehingga orang sekedil aku tak mampu untuk berdiri. Aku perlu kekuatan seperti power rangers yang mampu melawan raksasa! Yeah...power rangers kaler PINK! ^_^

CIKGU MAZIDAH?

AKU : Nak rancang pakai baju sekolah dan berlagak macam budak sekolah pada hari pertama praktikal. Apa reaksi mereka ye? Muahahahaha (gelak jahat)

Thursday, November 25, 2010

SAJAK UNTUKMU

Jam 3 pagi
Aku di sini
Masih sendiri
Aku benci

Jam 3 pagi
Pagi yang dingin
Sedingin hati
Mahukan dia

Hmm...jam masih 3 pagi
Masih ingat kau
Kau ada dia
dan aku?
Aku masih di sini
Menunggu dan terus menunggu
Rindu dan terus merindu
Saat itu...

Maaf,
Maaf dan,
Maaf...
Hati aku ada kau
Terukir dalam
Padamkan...tidak mungkin padam
Buang? Aku tak sanggup
Terlalu bernilai dan istimewa
Rasanya? Hanya aku yang tahu
Memahaminya tidak perlu
Biar kau bahagia
Aku akan bahagia
Tapi...
Aku mohon
Jangan lari
Aku penat mengejar
Jangan lari
Berdiri di situ
Izinkan aku di sisi
Hiraukan aku
Biarkan aku memandang kau
Biarkan aku gembirakan kau
Biarkan aku...

Jam masih 3 pagi
Bagi aku masih tak berputar
Masa kini milik aku
Aku dan kenangan...

11.11.2009
KHAR

-GAMBAR HIASAN-


AKU : Di saat hati pernah mencintai tapi tak mampu untuk memiliki. 

Ingatkan betul

Bapak : Cuba baca basmallah.

Aku : Bismilla-hirrahman-nirrahim.

Bapak : Salah tu... Baca basmallah pun tak betul.

Aku : Ha?

Bapak : Cuba tengok tajwid betul-betul.


Perasan tak, bacaan sebetulnya Bismilla-hirrahma-nirrahim. Kau baca Bismillah-hirraman-... mim tak bersabdu dengan nun. Bacaan yang betul ialah hirrahma~ bukan hirrahman.

Aku : hehehe tak perasan la pulak.

Bapak : Belajar biarlah berguru anakku!

AKU : Jahilnya aku.... hu3

Saturday, November 20, 2010

PEPERIKSAAN

Peperiksaan.

Buka buku, baca, dan tulis nota.

Hafal dan ingat key words.

Apa aku dapat?

Gred A?

Apa maknanya A kalau ilmu hanya hafalan semata-mata jika tiada amalnya.

Hmm...


AKU : Hafal Surah Al-Fatihah tapi masih gagal ingat maksudnya.

Friday, November 19, 2010

ITU DAHULU, SEKARANG LAGI HANCUR

Mengapa sekarang bahasa Melayu tak seindah begini??



MEGAT ALANG : Siapakah gerangan dikau orang muda? Adiknya kah? Atau abangnya?

TUN NILA UTAMA : Adik pun bukan, abang pun bukan. Tersentuh Puspa Wangi celaka badan.

MEGAT ALANG : Cis manusia durjana! Kata2mu sungguh angkuh! Harimau di hutan dapatku jinak inikan pula kucing pelihara.

TUN NILA UTAMA : Biar berdentum guruh di langit, bumi tak hancur sebelum kiamat.

MEGAT ALANG : Hei orang muda aku beringat kepadamu! Siapkanlah payung sebelum hujan dan siapkanlah perahu sebelum bah.

TUN NILA UTAMA : Payung dah kusiapkan. Perahu pun dah kusedia. Hanya menunggu hujan di langit.

*                                    *                                       *                                    *

TUN NILA UTAMA :
Potong kuku di pasir pelangi,
Rima merkah hijau tangkainya,
Wahai adikku Puspa Wangi,
Tak marahkah kalau kubertanya?

PUSPA WANGI :
Papan beranda hujungnya merah,
Bakar mercun di tengah hari,
Pada kekanda kalau kumarah,
Bererti meracun diri sendiri.

TUN NILA UTAM :
Burung garuda di dalam bersarang
Perahu (xxx) di tanjung liku,
Biarlah kanda berterus-terang,
Sudikah adik menjadi isteriku?

PUSPA WANGI :
Pakai sepatu di atas beranda,
Daun pandan dipijak-pijakkan,
Kalau begitu kemahuan kanda,
Nyawa dan badan dinda serahkan

AKU: Apakah punca skrip dan lirik lagu sekarang tak seindah bahasanya seperti dahulu?

SALAH SIAPA?

Kakak : Budak2 zaman sekarang memang tak reti nak berbudi bahasa. Cikgu tak ajar ke?

Aku     : Budak2 zaman sekarang memang tak reti nak berbudi bahasa. Mak bapak tak ajar ke?

...

Kakak, Ain, dan Aku di hadapan kedai Kek Lapis Dayang Salhah

SI BUJAT SAYA

RINDU...
RINDU NAK CIUM
RINDU NAK PELUK
RINDU NAK DODOIKAN
RINDU NAK MARAH2
RINDU NAK GELAK2
RINDU NAK GURAU2
RINDU NAK GADUH2 (DUSH3)
RINDU NAK BANCUHKAN SUSU 
RINDU NAK IKATKAN RAMBUT
RINDU NAK MANDIKAN
RINDU NAK BASUHKAN BERAK (ADOI!)
RINDU NAK CUBIT
RINDU NAK JELING2
RINDU ......
AAH...RINDU SEMUANYA!
RINDU DIA.....


ALLAH KNOWS

Kini alam dunia sedang hangat dengan lagu-lagu Maher Zain. Apa kata kita layan lagu Allah Knows by Zain Bhika feat Dawud Wharnsby pula. Lagu ini pun tak kurang hebatnya.




LIRIK LAGU ALLAH KNOWS


Thursday, November 18, 2010

Dunia Persembahan - HATI, AKAL, DAN NAFSU I

HATI, AKAL, DAN NAFSU

Satu persembahan yang melibatkan deklamasi sajak, nyanyian, dan tarian atau pantomen. Kalau tak silap persembahan ini sampai empat kali di persembahkan iaitu di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) sebanyak dua kali sempena Karnival KHAR dan Pertandingan "You Got Talent" dan pertandingan teater yang bertajuk "Hakikat Tabah Seorang Ilham". Manakala persembahan yang satu lagi sempena Malam Konvokesyen tahun 2009 (kalau tak silap sebab aku tak terlibat dalam persembahan ini).

Hati, Akal dan Nafsu Part 1
Sempena Karnival Khar

Hati : Aku
Akal : Nor dan Yam
Nafsu : Che Lah dan Rose

Che Lah, Nor, Aku, Yam, Rose

Mereka yang terlibat secara tidak langsung

Hati, Akal, dan Nafsu Part II
Sempena Festival Teater UPSI dalam teater "Hakikat Tabah Seorang Ilham"


IKHLAS

APA YANG BAKAL AKU SAJIKAN INI BUKANLAH DARIPADA HASIL TANGAN ATAU BUAH FIKIRAN AKU TETAPI TULIS BALIK DARIPADA KOLUM KETUA EDITOR MAJALAH SOLUSI ISU NO.11, IAITU SAUDARA PAHROL MOHD JUOI (juga seorang penulis, kolumnis majalah, pencipta lirik dan skrip serta pengacara tv). SEMOGA TULISAN BELIAU INI DAPAT DAPAT KITA KENALI APAKAH IKHLAS SEBENARNYA. 
INSYAALAAH...

MENU HATI

Kita memberi bukan untuk menerima. Kita menabur budi bukan untuk dianggap berjasa. Apa yang sepautnya diharapkan ialah keredhaan Allah semata-mata. Sesungguhnya, apa yang dijanjikan-Nya lebih baik, kekal, dan abadi. (Intro yang sangat baik! Sila teruskan membaca)

Namun, bukan mudah untuk mendapat keikhlasan. Dalam samar mainan rasa kekadang, malah selalu, kita menagih penghargaan dan terima kasih daripada manusia. Padahal manusia sering mengecewakan kita. Sudah masyhur kata bijak pandai, " Siapa yang mengharapkan terima kasih atas kebaikan yang dilakukannya akan mengalami sakit jiwa." MENGAPA?

Ini kerana umumnya majoriti manusia tidak pandai berterima kasih. Lalu bersedialah...jika madu yang anda berikan, tuba yang anda akan dapat sebagai balasan. Apakah ini adil? Tentu jawapannya tidak. Namun inilah hakikat dunia - tidak ada keadilan mutlak di dalamnya.

Sering berlaku, yang jahat naik dan terus naik. Ketawa terbahak di puncak. Yang baik terhimpit. Dihenyak terus-terusan tanpa pembelaan. Inilah realiti dalam hidup manusia. Tetapi apakah kita akan kecewa? Jawabnya, TIDAK!

Orang yang beriman percaya akan adanya Allah dan hari Akhirat. Jika di dunia, kebaikan tidak dihargai, tidak mengapa...di akhirat nanti pasti mendapat ganjaran. Kepercayaan kepada hari Akhirat -sense of the end- amat penting ketika kita menjalani hidup di dunia. Kita akan mendapat kekuatan untuk melakukan kebaikan, tanpa mengharapkan balasan.

Anehnya, manusia sering terkesima dengan nikmat dunia. Yang cantik, kaya, berkuasa dan ternama sering dipuji dan dipuja. Manusia memandang si rupawan, hartawan, kenamaan sebagai idola, walaupun kekadang mereka yang disanjung itu begitu jelik dan jijik akhlaknya. Aneh, kaca kerap dilihat sebagai permata.

Sepataah ungkapan dipetik daripada pantun Melayu Klasik: "Puas saya menabur budi, emas juga dipandang orang." Bunyinya kecewa, putus asa. Apakah kita akan berhenti menabur budi ketika harta dan ringgit terus bertakhta?

Jangan begitu, jika manusia tidak nampak, Allah sentiasa dan selamanya nampak. Rasa bertuhan di dalam hati - feeling of God in you - menyebabkan para mukhlisin terus-menerus melakukan kebaikan. Malah mereka merasa bahagia melakukan satu kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain. Ironinya, mereka menyembunyikan kebaikan itu seperti si munafik menyembunyikan kejahatan.

Ketika seorang figur yang terkenal ditanya, "Apakah rahsia kejayaan?" Beliau sebaliknya berkata, "Aku tidak tahu rahsia kejayaan, tetapi aku tahu rahsia kegagalan. Rahsia kegagalan ialah cuba menyukakan hati semua orang!".

Ya, siapa yang cuba menyukakan hati manusia, akan menerima padahnya. Dia tidak akan disukai oleh semua manusia.

Jika disimpulkan semua perkataan dari awal tulisan ini hingga akhir maka satu perkataan sahaja yang boleh dipilih sebagai kesimpulan keseluruhan. Itulah IKHLAS.

Aku sangat menggemari cara penulisan Saudara Pahrol Mohd Juoi. Cara penulisan beliau sangat menarik perhatian kerana menggunakan bahasa yang mudah, diselitkan kata-kata hikmah, dan yang penting bagi aku seolah-olah aku berhadapan dengan beliau sendiri walaupun aku hanya membaca. Bilakah agaknya aku boleh menulis seperti beliau....(insyaallah~). Sudah jatuh hati dengan beliau? Mari singgah ke blog GENTA RASA. Tak ada ruginya!

MAJALAH SOLUSI ISU 11
Majalah yang akan aku baca dari kulit ke kulit. Baca sekali pasti nak lagi! Dapatkan di pasaran!
Facebook Majalah Solusi

AKU : Beri dan terus memberi kerana yakin pasti ada balasan, dan mungkin lebih baik lagi walaupun balasan itu bukan daripada orang yang sama. Teringat dengan kata sahabat, Ikhlas itu ibarat berak. Kita takkan tengok balik tahi yang dah dibuang. Hahahaha

Wednesday, November 17, 2010

Penakut

Sudah empat hari lampu bilik tak ditutup.

Aneh rasanya sendirian di bilik. Macam-macam rasanya.

Aku penakut. Jadi aku tak tidur malam. Aku hanya perlukan teman.

Paginya aku akan mengantuk sampai ke tengah hari.

"Tegas" sudah lali dilayan begitu.

Air mata juga perlu dimanja.

...

Monday, November 15, 2010

Menuju Puncak

Jauh perjalanan luas permandangan. Semakin jauh kaki melangkah semakin banyak aku mempelajari tentang hidup manusia. Selagi aku berada di tanah Semenanjung ini aku berpeluang menjejak kaki di puncak Gunung Ledang. 

Aktiviti       : Ekspedisi Mengibar Jalur Gemilang di Puncak Gunung Ledang SMK Tun Ismail, Batu Pahat Johor 2008
Tarikh       : 18- 20 Ogos 2008
Peserta    : Pelajar dan Guru SMK Tun Ismail dan Urus Setia (lebih kurang 45 orang) *kalau tak silap

Gunung Ledang, Tangkak Johor Darul Takzim
  1. Gunung tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 1276 meter.
  2. Juga dikenali sebagai Mountain Ophir (berasal daripada bahasa Ibrani) oleh penjajah British kerana dikatakan banyak simpanan emas.
  3. Dari Batu Pahat ke Gunung Ledang mengambil masa lebih kurang 2 jam.
  4. Sampai ke puncak lebih kurang 6 jam bersama-sama dengan pelajar sekolah SMK Tun Ismail . Perjalanan menjadi tidak lancar lebih2 lagi apabila ada yang cramp (kekejangan) - perkara yang paling biasa berlaku. Jadi, sebelum naik, streching (regangan) betul2 jangan main2.
  5. Makanan : Sila bawa yang ringan2 sahaja seperti coklat, air kosong (boleh isi balik dengan air gunung), air garam, 100 plus, Redbull, biskut, roti. Makanan yang boleh memberi tenaga selain mengenyangkan.
  6. Peralatan : torch light (lampu suluh), raincoat (baju hujan), kasut sport / hiking, sweater (baju sejuk), gloove (sarung tangan) dan ubat persendirian.
  7. Sila bawa balik sampah-sarap. Jangan buang merata-rata.
  8. Mental kena positif. Naik dengan hati yang gembira dan target sampai ke puncak. Percayalah, sampai di puncak segala kepenatan hilang dengan melihat alam. Subhanallah!
Trail ke puncak Gunung Ledang ada dua iaitu sama ada dari Johor atau Melaka. Jadi, pendaki ada beberapa pilihan trail iaitu :
  • Ayer Panas Trail
  • Ledang Trail
  • Asahan Trail
  • Ulu Jementah Trail
  • Telekom Tower Road
Terdapat beberapa checkpoint sebelum sampai ke puncak antaranya:


Status

Hipotesis : Manusia suka membandingkan diri sendiri dengan orang yang tidak baik jadi dia akan nampak lebih baik. Hipotesis di terima.

...

Manusia yang kononnya pandai akan bercakap itu dan ini. Ya, dia tahu segalanya dan orang akan kagum bertepuk tangan. Manusia yang berilmu hanya akan diam tetapi berfikir di sebalik kata-kata itu. Ya, dia dapat sesuatu yang baru dan orang tidak pedulikan dia.

...

Wednesday, November 10, 2010

KENAPA AKU?

Kenapa aku sering diuji?
 Firman Allah, maksudnya: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; " Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Firman Allah, maksudnya: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahu." (Surah al-Baqarah: 216)
Kenapa aku diuji seberat ini?
Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Surah al-Baqarah: 286)

Bagaimanakan kuhadapi ujian ini?
Firman Allah, maksudnya: " Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengejarkan kebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Ali Imran: 200)

Firman Allah lagi, maksudnya: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengejarkan sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin diri dan harta mereka (bayaran) syurga untuk mereka..." (Surah at-Taubah: 111)



SUMBER: Majalah SOLUSI Edisi Ulang Cetak (Isu Perdana) muka surat 61

AKU: Semuanya dah terjawab bukan? Jadi, jangan bersedih...la tahzan

Aksara Rindu Sebatang Pena

Pena dan sekeping nota
 Sebatang pena, 
dari sejalur rindu 
adalah tamu kasih
nirmala, tak terduga
aksara rindu
baitnya adalah nota putih
pada secarik bicara 
menyantun pena
sejati yg tak terlafaz
   
(Yusuf Jalli pada 12.10.2010 di MTDC, UPM)




AKU: Terima kasih sayang kerana mampu buat aku tersenyum...

Tuesday, November 9, 2010

Namaku GENIT

Aku: Dewan Sultan Idris Teacher's Collage -SITC

Teringat semasa aku baru di Semester 1 dan berkenalan dengan rakan sekelas. Apabila ditanya tentang nama panggilan aku akan menjawab, “panggil saya Genit”. Pelbagai reaksi yang aku terima. Ada yang terkejut, ketawa, dan ada juga yang berasa kesian dengan panggilan itu. Aku hanya tersenyum kerana sudah biasa dengan reaksi ini setiap kali aku memberitahu nama panggilan itu.

Sejak kecil lagi aku digelar “genit” kerana fizikal aku  yang kecil sehinggalah ke peringkat sekolah dan sekarang di peringkat universiti. Ada juga dalam kalangan guru-guru aku masih memanggil dengan panggilan “genit”. 

Apakah maksud genit sebenarnya? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, genit ialah berasal daripada bahasa Indonesia bermaksud suka bergaya, banyak tingkah, keletah ataupun kecil dan lincah lagi menarik (berkenaan dengan gadis). Nah, itulah aku. Sesuai dengan panggilannya dan apa yang hendak dihairankan?

AKU :Nanti kalau dapat anak nak beri nama Islam yang baik maksudnya. Dulu sangat suka nama Amru, Amar, Amir, Amri. Sekarang, suka sangat nama Mustika dan Sahil - macam suci je...(Berangan!)

Thursday, November 4, 2010

TAHU DAN TIDAK TAHU?

Berkata Al-Khalil bin Ahmad:

...orang yang mengetahui
dan tahu ia mengetahui
...dia itu ialah orang yang berilmu
Ikutlah dia

...orang yang mengetahui
dan tidak tahu ia mengetahui
...dia itu ialah orang yang tidur
Bangunkanlah dia

...orang yang tidak mengetahui
dan tahu dia tidak mengetahui
...dia itu orang yang meminta petunjuk
Tunjukilah dia

...orang yang tidak mengetahui
dan tidak tahu dia tidak mengetahui
...dia itu orang yang jahil
Tolaklah dia

(Imam Al-Ghazali: Ihya' Ulumiddin. Terjemahan: H. Ismail Yakub dengan tajuk Ihya' Al-Ghazali (1997:226)

AKU: Golongan manakah aku?

KATA

Aku: Apabila aku malas menulis

Asal mula adalah kata
Jagat tersusun dari kata
Di bilik itu hanya
Ruang kosong dan angin pagi

Kita takut kepada momok karena kata
Kita cinta kepada bumi karena kata
Kita percaya kepada Tuhan karena kata
Nasib terperangkap dalam kata

Karena itu aku bersembunyi di belakang kata
dan menenggelamkan diri tanpa sisa

(Dari "Kata" dalam Daerah Perbatasan)
Sekilas Soal Sastra dan Budaya, Subagio Sastrowardoyo Balai, Pustaka Jakarta 99



AKU: Dari satu abjad boleh menjadi kata. Macam-macam kata. Semuanya indah kalau indah caranya. Semuanya buruk kalau buruk caranya. Diam ada 1001 kata-kata.

SABAR ITU INDAH

Pok Daiee : Putrajaya

Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah nokhtah segala tadbir

Hitungkanlah laut kesyukuran
Di pinggir pantai bebatuan
Semailah hikmah tuailah ikhtibar
Sabarlah dalam bersabar

Betapa pun terasa pahit
Janganah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus dari Allah

Ujian itu penebus dosa
Meningkatkan darjat menambahkan pahala
Bingkisan kasih dari Yang Esa
Bagai ombak...
Penghias samudera

ABDI
(MAJALAH SOLUSI ISU NO.10 : muka surat 110)

AKU : Aromaterapi sewaktu perlukan kesabaran yang tinggi "sabarlah sikit lagi, sabar ko tak cukup lagi! Sikit je lagi ko kena sabar!" (macam nak daki gunung, sikit lagi sampailah) Boleh ke macam ni? Aromaterapi yang tiada di pasaran!

SIJIL PENGHARGAAN

(Snowmen: Cold room I-city, Shah Alam)


ANUGERAH BLOG PALING MALAS

SEMPENA

HARI MALAS SEDUNIA

ANJURAN MANUSIA-MANUSIA PEMALAS

BERTEMPAT DI BILIK 3-1-6 KOLEJ HARUN AMINURRASHID, UPSI

PADA 
4 NOVEMBER 2010


AKU: selagi aku rajin, masa berlalu dengan lambat!

 

TANYA SAMA HATI Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez