Monday, December 6, 2010

MERAJUK PADA YANG KASIH

Pada satu detik, si suami telah berjanji untuk makan bersama-sama dengan si isteri. Namun, janji itu tak ditepati. Si isteri merajuk. Lantas, si suami titipkan satu nota kecil.


"Ceritanya begini. Dia berjanji untuk balik makan malam bersama isteri tersayang. Dalam perjalanan, hujan turun dengan lebat lalu ia berteduh di hentian. Sungguh, hujan terlalu gila dan lebat untuk dia redah akan malam yang pekat. Sampai satu saat, dia terlelap dalam dingin Subuh dan lenguh. Dia titipkan aku pesan, "Aku menyangka hujan semalam usai sebentar, tetapi makin menderu bagai air matanya. Maaf sayang."

Si isteri tersenyum. Hatinya terbang. Dia sangat suka apabila suaminya bermadah. Lalu si isteri pun membalas nota itu.

" Semalam suaminya berjanji untuk makan malam bersama isterinya. Hatinya melayang. Oh, sekian lama suaminya tidak pulang ke rumah. Persiapan sudah dilakukan. Dia menunggu setia. Bayangan itu tidak muncul-muncul. Rajuk hatinya. Lauk di meja disimpan. Mahu melelap mata untuk melupakan. Aaah, benci! Mengapa janji sukar untuk ditepati! Mata pula degil sedegil isteri itu. Degil mahu lelap. Lantas dia bangkit dan makanan tadi dipanaskan semula.Mungkin suaminya akan lewat. Cuba menenangkan hati. Dihidangkan semula makanan seperti tadi. Menunggu setia lalu terlelap. Subuh menjelma. Si suami masih tak kunjung tiba. Hatinya pasti melayang mendengar suara itu tetapi hatinya masih rajuk. Si suami datang memujuk. Owh dia pamerkan senyuman. Itu kelemahan isterinya. Dia lemah melihat senyuman itu. Asalnya mahu merajuk sampai esok. Aaah dia nekad. Tapi senyuman suaminya lebih dari segala-galanya. Si isteri kalah. Kalah dengan senyuman. Sayang, rajukku kerana rindu. Aku rindu mata sepet itu. Aku rindu dagu itu. Bibirku bisa kata benci. Tapi bukan hatiku. Aku sayang kamu!"
Melangkah bersama meski rentak berbeza

AKU: Lelaki mahu difahami dan wanita mahu disayangi

2 comments:

 

TANYA SAMA HATI Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez