Perkataan SAHABAT hanya akan muncul apabila kesusahan melanda. Lihatlah seberapa ramai yang setia di sisi. Selain itu, lihatlah diri - terlalu banyak kekurangan. Hanya mereka yang bergelar sahabat sahaja yang dapat menerima kita seadanya.
Bagi aku, berkawanlah selagi kita hidup. Tetapi, tak semua mampu meraih pangkat sebagai sahabat. Aku memandang sahabat sebagai suatu darjat yang sangat tinggi. Mereka adalah kepercayaanku. Mereka adalah senyum dan air mataku dan mereka adalah segala-galanya. Percaya tak? Sahabat mampu menghidu masalah kita. Jiwa kita umpama ada satu deria rasa yang sama. Aneh bukan?
"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari" - SAIDINA ALI -
Hidup ini terlalu indah apabila ada sahabat. Ye, aku menikmatinya sekarang dan tak akan mensia-siakan. Kadang-kala tak seindah yang kita sangkakan. Umpamanya seperti nurkilan di bawah:
Ada orang
Nampak macam kawan
Ikhlas hanya di depan
Kat belakang dia tikam kawan
Ada orang
Nampak macam teman
Tidur sebantal makan sepinggan
Tapi dialah gunting dalam lipatan
Ada orang
Nampak macam rakan
Gelak ketawa gembira sakan
Dalam diam sapu hak kawan
Kawan
Apa yang kau layan
Sikit punya hal dah nak berlawan
Teman
Kenapa jadi begini
Dulu dah best
Sekarang tercari-cari
Rakan
Hindarkan fikiran sempit ini
Tujulah ke arah globalisasi
Semoga kita bertemu kembali
Meski pun bukan di daerah sendiri
(Sumber : Blues Untuk Aku oleh Aie)
Hmm, terima kasih kepada mereka ini. Aku belajar untuk kenal apa itu sahabat. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang pernah cakap2 belakang. Aku belajar untuk kenal antara kaca dan permata.
Wajah mereka...wajah saya...sahabat dunia dan akhirat! Ya Allah, berkatilah persahabatan ini. Kau peliharalah kami dari segala fitnah dunia dan seksaan api neraka. Kepada-Mu sahajalah ku memohon...Amin~Ya rabb...
Saturday, November 27, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)