Pada suatu pagi yang indah ketika perutku sudah kekenyangan, aku melihat jam yang berharga rm10 di tangan kiriku. Alamak, aku dah lambat relief (ganti guru yang tidak hadir) kelas Tingkatan 2B!
Rupa-rupaya kelas Pendidikan Moral dan ahli-ahlinya terdiri daripada murid-murid yang berbangsa India. Mereka menyambut aku dengan baik sekali. Tentu sekali mereka tak nak belajar. Apa lagi, kami rancak berbual. Mereka tidak fasih dalam bahasa Melayu. Akibatnya berlakulah bahasa cacamerba iaitu gabungan bahasa Melayu, bahasa Tamil, dan bahasa Inggeris.
Tiba-tiba seorang murid mendekati aku.
Anak murid : Cikgu, saya mau tanya satu soalan boleh ka cikgu?
Aku : Boleh, awak nak tanya apa?
Anak murid : Tetapi, you don't angry haaa...
Aku: Tanya la, saya tak marah....(hati aku terdetik, ni mesti nak tanya kenapa aku ni pendek sangat seperti soalan-soalan anak muridku yang lain, huh aku dah agak dah!)
Mukaku tenang kerana aku sudah dapat mengagak soalan yang bakal mereka ajukan.
Anak murid: Cikgu tengok kan, lelaki ada misai ada janggut, tetapi kenapa cikgu pun ada?
Wah! Soalan apakah itu? Aku ingat di UPSI sahaja Pojan dan Wan selalu kutuk aku ada misai. Di sekolah ni pun ada jugak?
Aku : Sebenarnya, semua orang ada bulu di muka (wah, ayat aku susun dengan berhati-hati). Tetapi, disebabkan saya ni putih, jadi nampak dengan jelas. Faham tak? (Mesti mereka terasa sebab mereka tak putih) he3
Anak murid : Yeke cikgu.... (macam tak pasti)
Aku : Ye....(eh, budak ni. tak puas hati ke?)
* * * * * *
Aaaaaaaa Pojan dan Wan!!! Dua makhluk inilah yang selalu membuli aku di UPSI. Lazimnya ketika hari Jumaat. Alkisahnya...
Pojan : La, ko ni. kenapa misai tu tak cukur. Hari ini jumaat. Hukumnya sunat kalau cukur....(riak mukanya serius)
Wan : Entahnya. Kalau tak cukur, kemaskan misai tu. Tak la serabai sangat! ( riak muka pun serius)
Dengan tak semena-mena aku ambil handphone dan letak atas bibir sambil mengeluarkan bunyi (macam mesin pencukur misai) ngeeengggggg ngeeenggggg
Dua makhluk itu ketawa sambil terhenjut-henjut perutnya.
Arghhhhhhh!!!