Friday, February 25, 2011

MENGAJAR ITU SENI

Cikgu Halim : Mengajar itu seni...

Aku mengangguk tanda setuju. Sepanjang aku praktikal di SMK Raja Muda Musa, aku banyak mengutip pengalaman daripada Cikgu Halim -orang yang lebih dahulu makan garam kehidupan sebagai guru bahasa Melayu. 

Aku diam sejenak. 

Aku imbas kembali bagaimana hari pertama aku melangkah ke dalam kelas. Aku sangat yakin. Aku mulakan dengan ucapan salam dan doa. Seterusnya dalam kiraan lima aku mengarahkan supaya tiada sampah sarap di lantai.Suaraku lantang. Riak muka serius.Kelas dalam keadaan terkawal. Aku berjaya. Tapi di riak muka anak muridku kelihatan bosan.Tiada senyum.Pasif. Ah, aku terlalu tegas ke? Aku mula mengambil hati dengan menyelitkan humor. Mereka mula seronok dan pasif menjadi aktif. Aku suka suasana begini. Mereka gembira ketika belajar. Bukannya  dalam keadaan tertekan.Aku melangkah keluar dengan puas.

Tak semua hari-hari yang aku lalui dengan sempurna. Duri cabaran dan dugaan pasti ada. Entah suatu hari, kelas menjadi tak terkawal. Bising bukan kepalang. Aku mula meninggikan suara. Aku cepat marah. Itu kelemahan yang utama. Di tambah dengan jelingan yang membenci. Keadaan kelas mula tegang. Kemarahan aku hanya sebentar. Selepas itu seperti sedia kala...

Cikgu Halim : Mengajar itu seni ...

Aku tersentak. Harus bagaimana untuk aku menjadi guru yang boleh mengawal kelas dan yang tak kurang pentingnya mereka faham dengan patah kata yang aku tuturkan iaitu ilmu yang aku sampaikan. 

Cikgu Halim : Mengajar itu seni. Sebelum melangkah ke kelas, tetapkan syarat kepada murid. Saya tak akan masuk ke kelas selagi murid tak memadam papan putih. Saya akan pastikan murid dalam keadaan sedia. Tegas itu penting. Bukannya berleter marah-marah. Tugasan atau kerja rumah sangat penting untuk pengukuhan. Kelas mesti dalam keadaan terkawal.

Hmm...terlalu banyak yang perlu aku perbaiki. Terlalu banyak...Doakan aku layak menerima gelaran cikgu. Terima kasih cikgu Halim!

Aku: Bermula dari kosong. Sekarang masih kosong. Sepatutnya sudah mula melangkah. Takut. Rentaknya sumbang. Padahal semua sudah menari. Aku mesti siap siaga untuk langkah pertama!

No comments:

Post a Comment

 

TANYA SAMA HATI Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez