Satu persembahan yang melibatkan deklamasi sajak, nyanyian, dan tarian atau pantomen. Kalau tak silap persembahan ini sampai empat kali di persembahkan iaitu di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) sebanyak dua kali sempena Karnival KHAR dan Pertandingan "You Got Talent" dan pertandingan teater yang bertajuk "Hakikat Tabah Seorang Ilham". Manakala persembahan yang satu lagi sempena Malam Konvokesyen tahun 2009 (kalau tak silap sebab aku tak terlibat dalam persembahan ini).
Hati, Akal dan Nafsu Part 1
Sempena Karnival Khar
Hati : Aku
Akal : Nor dan Yam
Nafsu : Che Lah dan Rose
Che Lah, Nor, Aku, Yam, Rose |
Mereka yang terlibat secara tidak langsung |
Hati, Akal, dan Nafsu Part II
Sempena Festival Teater UPSI dalam teater "Hakikat Tabah Seorang Ilham"
Hati : Aku
Akal : Hartini dan Kak Liey
Nafsu : Che Lah dan Rose
Hati diselubungi Nafsu |
Akal memujuk Hati |
Alhamdulillah, dalam Festival Teater 2009 UPSI, team Rasa Sayang Hei yang mewakili KHAR mendapat naib johan! Satu permulaan yang sangat baik untuk pengarah berbakat besar seperti Mislinda Mislan.
Mislinda Mislan : Pengarah Teater "Hakikat Tabah Seorang Ilham" dan pencipta pantomen Hati, Akal, dan Nafsu |
Hati, Akal, dan Nafsu Part III
Sempena Pertandingan "You Got Talent" anjuran KHAR. Pertandingan ini mengetengahkan bakat bakal2 guru seperti menyanyi, menari, dikir barat, dan sebagainya.
Hati : Aku
Akal : Fauzan
Nafsu : Akilul
Sudah tiga kali memegang peranan sebagai Hati (fuhh..!). Pada mulanya aku tak nak terlibat dalam pertandingan ini sebab baru sahaja terlibat dengan Festival Teater UPSI 2010 yang mempertaruhkan teater "Rindu Buat A'mir" sehingga menjadi juara! (Bakal diceritakan pada entri akan datang). Sangat penat sebab tak cukup tidur. Akilul pula nak sangat masuk pertandingan "You Got Talent". Aku sebagai akak yang prihatin (ehem2) pun setuju join. Hati, Akal, dan Nafsu Part III agak berbeza daripada sebelumnya. Sebelum ini kami hanya membuat memek muka (emosi) dan gerakan mengikut sajak dan nyanyian (oleh orang lain).
Kali ini, kami membuat kelainan (idea Akilul). Kami yang mengambil peranan masing2 sambil bergerak, bersajak,menari, dan riak muka itu penting. Contoh, nafsu, memek muka bengis dan suara yang jahat. Akal, memek muka baik dan suara yang tegas manakala hati, memek muka yang resah dan bersuara lembut...aawww
Keputusan pertandingan tersebut???
Selepas uji bakat kami tangkap gambar (masuk final atau tak, kami redha) |
Diumumkan masuk final (Apa lagi! kami dressing over...) |
AKU: Hati |
FAUZAN : Akal |
AKILUL : Nafsu |
Mereka yang terlibat secara tidak langsung. Terima kasih Mis, Jidih, Lokman dan Atul |
best2..
ReplyDeletetunjuk ajarku sifu...
Tahniah...
ReplyDeleteU got a talent...hehe...
Tahun ya tek grup kmk pernah molah skrip drama 10minit tajuknya Wajah... Ada elemen akal, sayang, tenang, sukacita, dukacita, marah & gelisah... Dpt anugerah drama terbaik keseluruhan...Hehe...
Rindu eh zaman belajar...huhu...
syg: ha3 kmk jadi mentor, ktk jadi protege k he3
ReplyDeleteAzwandy: Wah, mesti best nak? Hmm macam menarik jak. Elemen ya ada dalam pembelajaran teater. Kamek org di ajar marah, benci, suka, hahaha nak kedak orang gila jak pergi kursus teater tapi best! Tahniah untuk kitak juak!