Thursday, November 18, 2010

IKHLAS

APA YANG BAKAL AKU SAJIKAN INI BUKANLAH DARIPADA HASIL TANGAN ATAU BUAH FIKIRAN AKU TETAPI TULIS BALIK DARIPADA KOLUM KETUA EDITOR MAJALAH SOLUSI ISU NO.11, IAITU SAUDARA PAHROL MOHD JUOI (juga seorang penulis, kolumnis majalah, pencipta lirik dan skrip serta pengacara tv). SEMOGA TULISAN BELIAU INI DAPAT DAPAT KITA KENALI APAKAH IKHLAS SEBENARNYA. 
INSYAALAAH...

MENU HATI

Kita memberi bukan untuk menerima. Kita menabur budi bukan untuk dianggap berjasa. Apa yang sepautnya diharapkan ialah keredhaan Allah semata-mata. Sesungguhnya, apa yang dijanjikan-Nya lebih baik, kekal, dan abadi. (Intro yang sangat baik! Sila teruskan membaca)

Namun, bukan mudah untuk mendapat keikhlasan. Dalam samar mainan rasa kekadang, malah selalu, kita menagih penghargaan dan terima kasih daripada manusia. Padahal manusia sering mengecewakan kita. Sudah masyhur kata bijak pandai, " Siapa yang mengharapkan terima kasih atas kebaikan yang dilakukannya akan mengalami sakit jiwa." MENGAPA?

Ini kerana umumnya majoriti manusia tidak pandai berterima kasih. Lalu bersedialah...jika madu yang anda berikan, tuba yang anda akan dapat sebagai balasan. Apakah ini adil? Tentu jawapannya tidak. Namun inilah hakikat dunia - tidak ada keadilan mutlak di dalamnya.

Sering berlaku, yang jahat naik dan terus naik. Ketawa terbahak di puncak. Yang baik terhimpit. Dihenyak terus-terusan tanpa pembelaan. Inilah realiti dalam hidup manusia. Tetapi apakah kita akan kecewa? Jawabnya, TIDAK!

Orang yang beriman percaya akan adanya Allah dan hari Akhirat. Jika di dunia, kebaikan tidak dihargai, tidak mengapa...di akhirat nanti pasti mendapat ganjaran. Kepercayaan kepada hari Akhirat -sense of the end- amat penting ketika kita menjalani hidup di dunia. Kita akan mendapat kekuatan untuk melakukan kebaikan, tanpa mengharapkan balasan.

Anehnya, manusia sering terkesima dengan nikmat dunia. Yang cantik, kaya, berkuasa dan ternama sering dipuji dan dipuja. Manusia memandang si rupawan, hartawan, kenamaan sebagai idola, walaupun kekadang mereka yang disanjung itu begitu jelik dan jijik akhlaknya. Aneh, kaca kerap dilihat sebagai permata.

Sepataah ungkapan dipetik daripada pantun Melayu Klasik: "Puas saya menabur budi, emas juga dipandang orang." Bunyinya kecewa, putus asa. Apakah kita akan berhenti menabur budi ketika harta dan ringgit terus bertakhta?

Jangan begitu, jika manusia tidak nampak, Allah sentiasa dan selamanya nampak. Rasa bertuhan di dalam hati - feeling of God in you - menyebabkan para mukhlisin terus-menerus melakukan kebaikan. Malah mereka merasa bahagia melakukan satu kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain. Ironinya, mereka menyembunyikan kebaikan itu seperti si munafik menyembunyikan kejahatan.

Ketika seorang figur yang terkenal ditanya, "Apakah rahsia kejayaan?" Beliau sebaliknya berkata, "Aku tidak tahu rahsia kejayaan, tetapi aku tahu rahsia kegagalan. Rahsia kegagalan ialah cuba menyukakan hati semua orang!".

Ya, siapa yang cuba menyukakan hati manusia, akan menerima padahnya. Dia tidak akan disukai oleh semua manusia.

Jika disimpulkan semua perkataan dari awal tulisan ini hingga akhir maka satu perkataan sahaja yang boleh dipilih sebagai kesimpulan keseluruhan. Itulah IKHLAS.

Aku sangat menggemari cara penulisan Saudara Pahrol Mohd Juoi. Cara penulisan beliau sangat menarik perhatian kerana menggunakan bahasa yang mudah, diselitkan kata-kata hikmah, dan yang penting bagi aku seolah-olah aku berhadapan dengan beliau sendiri walaupun aku hanya membaca. Bilakah agaknya aku boleh menulis seperti beliau....(insyaallah~). Sudah jatuh hati dengan beliau? Mari singgah ke blog GENTA RASA. Tak ada ruginya!

MAJALAH SOLUSI ISU 11
Majalah yang akan aku baca dari kulit ke kulit. Baca sekali pasti nak lagi! Dapatkan di pasaran!
Facebook Majalah Solusi

AKU : Beri dan terus memberi kerana yakin pasti ada balasan, dan mungkin lebih baik lagi walaupun balasan itu bukan daripada orang yang sama. Teringat dengan kata sahabat, Ikhlas itu ibarat berak. Kita takkan tengok balik tahi yang dah dibuang. Hahahaha

No comments:

Post a Comment

 

TANYA SAMA HATI Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez