Assalamualaikum...
Sudah hampir 4 bulan saya menganggur sebagai graduan UPSI (sedang menunggu proses penempatan). Kebosanan yang melampau memaksa saya untuk mengimbau kenangan manis ketika menuntut di UPSI. Tersenyum sendiri apabila melihat gambar-gambar di dalam komputer riba saya. Apa taknya, kelas merupakan tempat saya dilamun mimpi! Saya terbuai dengan dodoian pensyarah. Tak percaya? Tengoklah bukti yang telah dirakam. Hahahaha
|
Ini bukan aku. Meriah kan? |
|
Waktu ni aku sakit. Tengokla muka aku banyak kayap. Terpaksa la tido...hee~ |
|
Kalau tak silap waktu ni Kursus Jangka Pendidikan Inklusif. Bayangkan aku kena berangkat dari KL ke Tg Malim awal pagi. Apa lagi, sambung tido la (padahal dalam bas dah tido dah) |
|
Hahahaha aku memang kantoi la...aku dapat dari FB kawan aku. Siap letak tajuk "Genit tidur dalam kelas pada hari puasa yang pertama" ciss...ngantok la...bangun sahur awal kan...kikikiki (alasan) |
|
Yang ni memang aku serius ngantok!!! Sampai mata aku tak boleh bukak. (assignment punya pasal la ni) Tapi aku gagahkan jugak dengan tidur duduk. Agak-agak pensyarah perasan tak waktu ni? |
|
Haa...ingat aku tidur je ke dalam kelas? Rasa-rasanya ni hari pertama kelas. Semangat! Hahahaha. Selepas hari pertama? Hmm kembali ke gambar di atas. Hahahaha |
AKU: Rasa-rasanya ada satu kelas aku tak pernah sesekali membuat percubaan untuk tidur! Kelas Encik Nizammudin untuk kursus Sistem Undang-Undang. Sebab? Dia comel dan kami memang berpantang untuk tidur!
No comments:
Post a Comment