Friday, February 25, 2011

SEMENJAK

Akhir ini satu persatu datang
Hakikatnya aku sudah lupa
Tiba datang menerpa
Aku maafkan
Aku yakin tiada berulang

Mengapa sejak akhir ini
Datang lagi
Dahulu sudah cukup
Usah menguji lagi
Aku sendiri
Itu pasti
Hanya hati ini
Bisa kuat
Dan...
Bisa sakit...

Umpama bilik ini
Hanya bunyi kipas berpusing
Kadang bunyi anjing menyalak
Aku biarkan begini
Musabab aku merasai begini...

AKU: Aku perlu kamu...




CIKGU, NAK TANYA SOALAN BOLEH?

Pada suatu pagi yang indah ketika perutku sudah kekenyangan, aku melihat jam yang berharga rm10 di tangan kiriku. Alamak, aku dah lambat relief (ganti guru yang tidak hadir) kelas Tingkatan 2B!

Rupa-rupaya kelas Pendidikan Moral dan ahli-ahlinya terdiri daripada murid-murid yang berbangsa India. Mereka menyambut aku dengan baik sekali. Tentu sekali mereka tak nak belajar. Apa lagi, kami rancak berbual. Mereka tidak fasih  dalam bahasa Melayu. Akibatnya berlakulah bahasa cacamerba iaitu gabungan bahasa Melayu, bahasa Tamil, dan bahasa Inggeris.

Tiba-tiba seorang murid mendekati aku.

Anak murid : Cikgu, saya mau tanya satu soalan boleh ka cikgu?

Aku : Boleh, awak nak tanya apa?

Anak murid : Tetapi, you don't angry haaa...

Aku: Tanya la, saya tak marah....(hati aku terdetik, ni mesti nak tanya kenapa aku ni pendek sangat seperti soalan-soalan anak muridku yang lain, huh aku dah agak dah!) 

Mukaku tenang kerana aku sudah dapat mengagak soalan yang bakal mereka ajukan.

Anak murid: Cikgu tengok kan, lelaki ada misai ada janggut, tetapi kenapa cikgu pun ada?

Wah! Soalan apakah itu? Aku ingat di UPSI sahaja Pojan dan Wan selalu kutuk aku ada misai. Di sekolah ni pun ada jugak? 

Aku : Sebenarnya, semua orang ada bulu di muka (wah, ayat aku susun dengan berhati-hati). Tetapi, disebabkan saya ni putih, jadi nampak dengan jelas. Faham tak? (Mesti mereka terasa sebab mereka tak putih) he3

Anak murid : Yeke cikgu.... (macam tak pasti)

Aku : Ye....(eh, budak ni. tak puas hati ke?)

*     *    *    *    *    *

Aaaaaaaa Pojan dan Wan!!! Dua makhluk inilah yang selalu membuli aku di UPSI. Lazimnya ketika hari Jumaat. Alkisahnya...

Pojan : La, ko ni. kenapa misai tu tak cukur. Hari ini jumaat. Hukumnya sunat kalau cukur....(riak mukanya serius)

Wan : Entahnya. Kalau tak cukur, kemaskan misai tu. Tak la serabai sangat! ( riak muka pun serius)

Dengan tak semena-mena aku ambil handphone dan letak atas bibir sambil mengeluarkan bunyi (macam mesin pencukur misai) ngeeengggggg ngeeenggggg

Dua makhluk itu ketawa sambil terhenjut-henjut perutnya.

Arghhhhhhh!!!






MENGAJAR ITU SENI

Cikgu Halim : Mengajar itu seni...

Aku mengangguk tanda setuju. Sepanjang aku praktikal di SMK Raja Muda Musa, aku banyak mengutip pengalaman daripada Cikgu Halim -orang yang lebih dahulu makan garam kehidupan sebagai guru bahasa Melayu. 

Aku diam sejenak. 

Aku imbas kembali bagaimana hari pertama aku melangkah ke dalam kelas. Aku sangat yakin. Aku mulakan dengan ucapan salam dan doa. Seterusnya dalam kiraan lima aku mengarahkan supaya tiada sampah sarap di lantai.Suaraku lantang. Riak muka serius.Kelas dalam keadaan terkawal. Aku berjaya. Tapi di riak muka anak muridku kelihatan bosan.Tiada senyum.Pasif. Ah, aku terlalu tegas ke? Aku mula mengambil hati dengan menyelitkan humor. Mereka mula seronok dan pasif menjadi aktif. Aku suka suasana begini. Mereka gembira ketika belajar. Bukannya  dalam keadaan tertekan.Aku melangkah keluar dengan puas.

Tak semua hari-hari yang aku lalui dengan sempurna. Duri cabaran dan dugaan pasti ada. Entah suatu hari, kelas menjadi tak terkawal. Bising bukan kepalang. Aku mula meninggikan suara. Aku cepat marah. Itu kelemahan yang utama. Di tambah dengan jelingan yang membenci. Keadaan kelas mula tegang. Kemarahan aku hanya sebentar. Selepas itu seperti sedia kala...

Cikgu Halim : Mengajar itu seni ...

Aku tersentak. Harus bagaimana untuk aku menjadi guru yang boleh mengawal kelas dan yang tak kurang pentingnya mereka faham dengan patah kata yang aku tuturkan iaitu ilmu yang aku sampaikan. 

Cikgu Halim : Mengajar itu seni. Sebelum melangkah ke kelas, tetapkan syarat kepada murid. Saya tak akan masuk ke kelas selagi murid tak memadam papan putih. Saya akan pastikan murid dalam keadaan sedia. Tegas itu penting. Bukannya berleter marah-marah. Tugasan atau kerja rumah sangat penting untuk pengukuhan. Kelas mesti dalam keadaan terkawal.

Hmm...terlalu banyak yang perlu aku perbaiki. Terlalu banyak...Doakan aku layak menerima gelaran cikgu. Terima kasih cikgu Halim!

Aku: Bermula dari kosong. Sekarang masih kosong. Sepatutnya sudah mula melangkah. Takut. Rentaknya sumbang. Padahal semua sudah menari. Aku mesti siap siaga untuk langkah pertama!

Tuesday, February 22, 2011

Saturday, February 19, 2011

SI DIA SUKA BIRU

Bila rindu....

Inilah jembalang laut...he3

Merenung masa depan bersama kikiki

Di hadapan ada lagi dugaan dan cobaan yang tiada penghujung

Teguh berdiri di situ setegung karang di lautan

Harmoni - bunyi ombak dan angin bersatu bersaksikan gunung dan pantai

Hip hip hooreeey! Berlapang dada terima segalanya...

Aku ingin ke mercu. Ya, di sana! Di puncak sana!

Mendamaikan...

AKU: Temani aku...

Friday, February 18, 2011

kETAWA AKU UNTUK KAWAN

Siti, Mumut, Jai, Aku, dan Syed
Hujung minggu begini lazimnya kami bersidang. Oh ya, cerita yang baru khabarnya Jai sudah miliki DSLR. Bila agaknya Canon G11 aku miliki? He3. Rindu kalian kawanku...

Serasi bersama...dunia dan akhirat!
29.1.2011 - Lapangan Terbang Kuching (KCH - KL)
AKU: Aku di sini baik-baik sahaja teman!

INILAH HARGA YANG PERLU DIBAYAR

Berpraktikal di SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar, Perak mulai 7 Februari 2011 sehingga 20 Mei 2011.

Noorhidayah dan aku di pintu utama SMK Raja Muda Musa

INFO:
  • Aku mengajar kelas 2 Bestari (Rancangan Khas - budak baik2 dan pandai2) dan kelas 2 Damai (kontra dengan kelas 2 Bestari he3).
  • Guru kelab Bola Jaring (bab2 sukan ni aku memang tak reti) dan kelab Seni Visual (hmm ni lagi la...jauh bebeno tapi aku suka he3) dan rumah sukan Suria - warna kuning ( yeay...!! "Suria, telah tiba dan membawa cahaya...-sambil membawa cangkul dan goyang ke kiri dan ke kanan he3)
  • Ada banyak cerita sebenarnya. Nanti aku cerita satu persatu ye....

AKU: Suka pergi ke sekolah sebab boleh jumpa anak2 murid tetapi tak suka apabila laporan perlu disiapkan...

...

Suci
Aku mahu begitu
Seperti titik-titik hujan ini
Suci lagi menyucikan

Kekadang melihat dia
Aku ingin menjauh
Aku malu!
Dia terlalu sempurna
Aku tidak selayaknya
Entah

Dia terlalu istimewa
Dan selayaknya istimewa hak dia
Melihat diri aku jadi malu
Kekurangan itu milik aku
Dan aku bukanlah pilihan

Biarlah
Biar Yang Maha Mengetahui tentukan
Selagi nyawa ini masih berdenyut
Selagi kudrat ini masih mampu
Selagi hati ini masih sayang
Aku tetap di sini
Setia di sisi
Sehingga kau berjumpa insan setarafmu 
sayang...

24/12/2010
Rabu
12:07
Akanku ikut jejakmu meskipun hanya kesan tapak kaki
Aku: Rupa-rupanya mencintai dan dicintai ibarat langit dengan bumi.



Mungkin

Akanku cerita satu demi satu bagi yang sudi membaca... 
Sudah tiba masanya...
Mungkin.
 

TANYA SAMA HATI Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez